fbpx
design meletop

Tips Transform Gambar ‘Simple’, Jadi Design Yang Meletop

Satu design dalam akaun bisnes dekat platform media sosial korang tu memang boleh bagi banyak  sangat benefit. Benefit tu akan datang kalau cara korang deliver visual content tu dengan betul. Siapa  kata daripada seketul gambar yang memang biasa dan simple tu korang tak boleh transform jadi  design yang meletop? Mesti lah boleh! 

Kalau korang baca mana-mana artikel sekali pun mesti diorang akan bagitahu yang content yang  bergambar ni memang akan mudahkan kerja korang untuk bina brand, ha korang yang baru sahaja  buat bisnes kena take note eh. 

Kalau content dekat media sosial korang tu setak full of text, tulisan memang tak banya lah audience yang rajin nak engage. Korang faham-faham lah tak semua rakyat Malaysia dekat negara kita ni rajin  membaca. Kadang tu kita dah tulis details dekat caption pun masih ada je audience yang akan tanya  soalan sama. Itu normal. 

Visual content ni lah salah satu cara paling mudah untuk korang boleh berkomunikasi dengan  pelanggan atau pun potential buyers. Untuk pengetahuan korang sebenarnya content yang ada  visual ni 93% tendency dia untuk dapat lebih banyak viewers dan juga engagement berbanding  dengan content yang hanya penuh dengan teks je. 

Korang mesti dah tak sabar macam mana daripada seketul gambar yang simple tu je boleh transform untuk jadi design yang meletop dan eye-catching kan? 

1. Contra Colour Scheme

 Pemilihan warna ni memang sangat penting, kalau se-simple mana lah design korang tu  kalau pandai main dengan warna mesti akan automatik jadi eye-catching. Boleh cuba main  dengan warna jenis bold, pastel atau pun metallic. Itu antara warna yang memang jadi  pilihan ramai lah. 

Antara gabungan warna yang memang berkesan untuk visual content adalah: – Ungu & Kuning 

– Biru & Oren 

– Hitam & pastel blue/green/yellow 

– White & Black 

– Gold & Silver dan macam-macam pilihan warna lagi.

2. Saiz dan jenis font

Kalau dah main dengan warna kena lah jugak main dengan font, betul tak? Tak lengkap lah  kalau tak ada text dalam visual content tu, nanti macam mana pulak korang nak deliver informasi dekat customer kan. 

Nak add text boleh tapi tak perlu panjang macam buat karangan, cukup lah minimum 2  perkataan hingga ke 20 perkataan. Just nice untuk tarik perhatian audience.

Kalau nak cantik boleh pelbagaikan saiz font dalam satu design untuk jadi lebih eye-catching supaya ada unsur penegasan sikit dalam design tu. Kalau boleh jangan gunakan lebih  daripada 2 jenis font dalam satu design

3. Konsep yang lebih ‘minimalist’ 

Kalau nak senang audience gain attention dekat sesuatu design tu cukup lah dengan konsep  minimalist dan lebih straight-forward. Tak perlu nak ada kerawang sana sini, sebab tak  semua orang akan suka dengan that type of design

Mata audience ni akan lebih tertarik untuk tengok design yang tenang dan ada information  yang clear. Sebab apa? Sebab akan mudahkan diorang nak hadam dan fahamkan apa benda  yang korang nak deliver tu.  

Kalau nak design ‘extra’ sikit? Boleh je takkan tak boleh bak kata Akie Jack kan. Boleh tapi  berpada-pada. Sebelum nak buat tu boleh dapatkan inspirasi daripada dalam internet atau  refer big brands yang lain supaya masa korang edit tu tak ada lah terlalu syok sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *