fbpx
media sosial

Tips Design Kempen Media Sosial, Baru Lah Ke Next Level!

Bila sebut tentang kempen marketing untuk media sosial, perkara pertama yang orang akan fokuskan mesti visual dan design poster. Kenapa visual penting untuk semua kempen di media sosial? Sebab audience di dalam media sosial ni akan lebih tertarik pada visual yang menarik berbanding teks.

Cuba kalau korang publish poster yang penuh dengan ayat je dan juga poster yang lebih visual appealing cuba tengok mana satu results insights tu lebih bagus. Memang gerenti lah yang visual cantik tu lah yang banyak audience akan engage, like, share dan juga komen.

Macam-macam yang designer media sosial ni akan fikir dan buat untuk tunjukkan pada audience, daripada konsep jenis kreatif sampai lah ke warna poster, font, reka bentuk dan macam-macam lagi idea yang mereka cuba keluarkan untuk pastikan kempen tu berjaya.

Dalam artikel kali ini, Sifu Canva akan kongsikan beberapa tips yang ‘terbaik daripada ladang’ untuk korang cuba apply kan pada design, supaya kempen media sosial korang boleh berjaya dan pergi ke next level.

1. Understand the ‘goals’

Sebelum nak proceed untuk create design poster untuk kempen atau any launching pastikan semua dalam team members tersebut tahu apa goals untuk kempen tu terlebih dahulu. Supaya semua orang boleh faham, dan design yang akan dibuat tersebut dapat memenuhi goals kempen.

Bila dah ada pemahaman yang kukuh tentang kempen tersebut dan tahu siapa korang punya target audience, tu sebenarnya akan buatkan kerja designer untuk creative process lagi mudah dan relevan.

2. Kreatif & mempunyai konsep bersesuaian digunakan di media sosial

Sebenarnya kan salah satu punca yang boleh membuatkan design tu berjaya dan orang selalu ingat adalah bila ada combination di antara kreatif dan jugak konsep. Kalau korang tengok kempen Black Pink masa nak release lagu, perasan tak semua poster dia lebih kurang je untuk setiap posting. Tu lah namanya ada konsep, maksudnya dia seragam kan konsep dan tema posting tu.

Kena gabungkan semua elem kreatif, konsep, tema yang berkaitan dengan goal kempen media sosial korang. Pastikan jugak setiap konsep tu tak lari daripada konsep dan tujuan untuk kempen tersebut. Kalau kempen tu nak target budak kecik, tak mungkin kan kalau konsep poster korang buat hard core. Jadi kena cari sesuatu yang memang relate dengan element untuk kempen tu.

3. Pilihan colour palette yang suitable

Selain daripada pemilihan font, pemilihan warna jugak memang penting eh. Memandangkan sebahagian besar proses untuk design memang berkait rapat dengan pemilihan warna, jadi pastikan warna yang korang pilih tu bersesuaian antara satu sama lain.

Warna pastikan dia boleh relate dengan tone dan konsep kempen tu sendiri. Contoh kalau pemiliha colour pallete warna pastel, nampak lebih soft dan tenang je kan tetapi kalau pemilihan warna neon pula sekiranya konsep kempen korang tu lebih kearah yang jenis jiwa muda, nampak ganas atau pun bold.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *