‘Small business’ ini boleh dikatakan term yang tengah meningkat naik buat masa sekarang kan? Siap ada hashtag dekat semua social media platform tak kira lah Facebook, Instagram, Twitter ataupun TikTok
Korang mesti tahu hashtage ‘#supportsmallbusiness’ ni kan? Memang kebanyakan small business owner guna hashtag ini untuk tarik pelanggan. Ada sesetengah orang dia memang jenis suka support dan beli daripada small business owner ni.
Buat masa sekarang cara macam ni lah untuk kita tolong sesama kita. Semua orang pun nak survive dengan mula ada business sendiri. Kebiasaannya mesti korang akan bermula dengan buat akaun media social untuk start promote barang jualan.
Untuk orang tahu apa yang korang promote tu mesti lah kena ada followers yang banyak betul tak? Jadi korang kena take note beberapa perkara dekat bawah ini supaya boleh tarik banyak lagi followers dalam masa terdekat.
1. Gunakan hashtag yang tengah trending
Kalau korang nak menjual atau promote apa-apa, korang digalakkan untuk letak hashtag pada setiap posting. Korang kena selalu up-to-date dengan hashtag yang tengah trending sebab hashtag akan berubah dari semasa ke semasa. Tak kisah lah nak letak hashtag banyak mana asalkan hashtag tu sesuai dengan apa yang korang post.
2. Follow trend TikTok
Sekiranya korang ada akaun business dekat TikTok, cara mudah yang boleh naikkan followers dengan drastik simple je. Korang kena rajin buat video dan ikut semua trend yang tengah trending. TikTok punya trend ni luas korang
boleh guna lagu yang tengah trend atau nak menari pun boleh. Percaya lah kalau video korang blow up sekejap je korang nak dapat 1,000 followers dalam masa sehari. Korang boleh refer akaun TikTok Beautyra, Thericorinaldi dan Spebels.
3. Post gambar dengan kerap
Sekiranya korang sebagai pelanggan, mesti korang suka tengok sekiranya business owner itu post banyak gambar kan? Based on gambar itu lah sebenarnya boleh membuatkan buyer percaya dengan produk atau servis yang korang promote.
Oleh itu sekiranya korang menjual media sosial, posting yang bergambar akan lebih menarik perhatian dengan mendapat lebih banyak retweet, likes dan share. Lebih banyak orang share, lebih banyak orang tahu tentang bisnes dan dapat tarik followers lagi banyak.
4. Tag lokasi pada setiap posting
Selain guna hashtag, korang juga boleh add location pada setiap posting yang korang buat. Ini boleh memudahkan buyer untuk cari dan beli dari lokasi yang berdekatan dengan mereka.
Di Instagram, Twitter dan Facebook ada satu option di mana korang boleh masukkan location korang. Location ni sebenarnya dapat menyumbangkan lebih banyak followers serta viewers untuk engage dengan posting anda.
5. Buat giveaway
Perasan tak ramai small business owner especially di Twitter dan Instagram yang rajin buat giveaway? Korang boleh buat syarat giveaway suruh contestant follow dan share posting akaun korang.
Siapa yang bertuah dapat memenangi hadiah yang bertuah. Ia sebenarnya dapat menarik ramai orang untuk join giveaway dengan mudah. Giveaway ni salah satu cara yang boleh tarik banyak followers di akaun anda Sekarang korang dah faham kan macam mana cara mudah nak tarik banyak followers di akaun media social korang. Boleh mulakan dari sekarang yang penting pastikan konsisten dan jangan give up!
Ada banyak cara sebenarnya untuk kita tarik follower di Social Media supaya engagement kita meningkat, barulah sales kita terangkat. Nak tahu lebih lanjut boleh tengok tips ni di IG Sifucanva struktur untuk content yang bagi banyak engagement 👇👇👇