Sebenarnya tak kisah lah sama ada korang own big atau small brand, tetapi kalau nak launch logo baru adalah salah satu strategi yang penting untuk grow kan brand korang dalam market dan juga pada audience. Sebelum nak launch sesuatu logo tu, cuba ingat balik logo logo yang terkenal satu dunia supaya dapat ilham dan inspirasi.
Kalau korang tengok logo MCD dan Apple kan, apa yang korang boleh conclude kan daripada logo tu. Kalau Hana, Hana rasa logo untuk dua-dua jenama tu simple dan orang senang nak ingat. Logo ni satu benda yang sangat powerful ye korang untuk grow kan jenama yang korang ada.
Jadi, kalau korang ada plan untuk launch new logo. Selain daripada kreativiti pada logo tu cuba create satu logo yang sempurna dan boleh buat orang ramai mudah ingat dan senang tertarik.Â
Nak buat logo ni tak semestinya korang kena create design yang complicated, nampak VASS baru dikira berjaya. Sebenarnya salah. Apa yang boleh dikatakan sebuah logo tu berjaya adalah bila orang dapat tangkap dengan cepat setakat tengok logo tu je dia dah tahu tu brand apa.
Jadi ni ada beberapa tips yang korang perlu tahu sebelum nak launch logo baru untuk jenama bisnes.Â
1. Fahamkan motif atau tema brand
Sebelum nak launch logo baru korang kena fikir masak-masak sebab logo ni korang akan guna secara long-term untuk strong kan personal branding. Jadi korang kena ada pemahaman yang memang clear tentang your brand.Â
Kena tahu jenis brand korang ni macam mana. Jenis nak nampak fun, serious, leader, relevant atau reliable ke. Sebelum korang buat bisnes mesti korang dah ada terfikir motif dan tema jenama kan.
Jangan lupa tentang audience. Kena faham jugak apa interest target audience korang supaya design logo tu boleh lah sesuai sikit dengan taste korang punya target audience.Â
2. Perlu invest untuk logo punya design?
Masuk pula part untuk create logo punya design ni, korang kena fikir sama ada patut ke korang keluar duit yang lebih untuk logo brand yang memang dah sah-sah akan digunakan secara longterm atau pun design sendiri pun boleh?
Kalau korang ada bajet lebih memang disarankan lah untuk invest sikit pada designer yang memang berpengalaman sebab diorang dah tahu selok belok design logo yang mana akan lebih berkesan.
Kalau tak nak invest pada designer korang boleh juga invest pada apps atau mana mana software atau website yang korang rasa boleh membantu. Â
Untuk small business owner, untuk first phase ni mungkin korang boleh guna in house je tak perlu ambil outsource. Kalau nak create logo yang cantik dan mudah. Boleh guna Canva, free je.Â
3. Guna di semua platform media sosial
Tak kisah la apa jenis media sosial yang korang ada daripada yang sikit ke banyak followers sekali pun, pastikan profile picture untuk akaun tu guna logo brand yang korang nak launch tu supaya orang ramai tak keliru dan terus ingat logo.Â
Media sosial ni nampak je macam tu tapi dia memang bagi pengaruh yang besar untuk audience.Jadi korang memang kena optimumkan strategi di media sosial bila nak launch logo baru untuk brand.