fbpx

Cara Naikkan View TikTok Dan Instagram Reels 2022 – SifuCanva

Features Reels di Instagram telah menjadi fenomena di seluruh dunia, Siapa tidak gunakan lagi, rugi betul! Setelah TikTok hadir sebagai short-video content platform dan kini telah mempunyai 700 Juta pengguna di dunia. Sebagai satu cabaran, Instagram pada 29 September 2021 telah keluarkan features Reels di platformnya.

Jika korang buat bisnes atau sebagai Content Creator, sangat rugi kalau korang tak utilize. Menurut Statista di Malaysia ada 13.8 Juta pengguna aktif. Tapi kami faham bukan mudah nak dapatkan rentak untuk buat Reels yang baik dan jika bertuah akan masuk bahagian Instagram Explore.

Dalam features, anda boleh hasilkan short video dengan compilekan pelbagai gambar + video dengan mudah dan ditambah dengan beberapa elemen lain termasuk meletakkan lagu di dalamnya.

Korang masih baru? Jangan risau bukan semua orang bermula dah Pro, jangan mencari kesempurnaan tetapi Game sebenar adalah dengan menghasilkan konten yang konsisten. Tapi kalau tanpa cara yang betul, akan jadi sia-sia. Jadi ini 10 Cara untuk hasilkan Reels yang viral.

1. Buang Watermarks

Untuk memastikan video anda dapat perform dengan baik mengikut kehendak Instagram, kami nasihatkan untuk anda buang watermarks yang ada sebelum upload ke dalam Reels. Maksud kami, watermarks daripada Editing Apps yang anda gunakan untuk hasilkan video content awak tadi.

Ramai orang buat silap bila mereka upload video TikTok dengan watermarks nya sekali. Tanpa mereka sedar, Instagram algorithm boleh kesan Tiktok Watermarks di video anda. Untuk tingkatkan jumlah likes, share dan muncul di dalam Instagram Explore, buang watermarks video anda.

2. Gunakan Lagu Yang Trending

Bila anda hasilkan video, gunakan lagu yang popular dan tengah trending. Pilih lagu yang menjadi bualan ramai atau kerap digunakan ketika ini untuk mengikut wave di social media untuk memudahkan content anda dapat impression yang tinggi. Tapi jika anda rasa lagu itu tak sesuai dengan tema video anda, boleh saja gunakan lagu apa sahaja untuk sesuaikanya.

Meletakkan lagu dalam Reels anda salah satu cara content anda mudah dicari dan muncul kepada lebih ramai orang, sekaligus menjadi sebahagian challenges yang dibuat di Instagram dari semasa ke semasa.

3. Pastikan Video Anda High-Quality

Kebanyakan Content yang berjaya mempunyai kekuatan edit dan quality pada video yang sangat baik. Ianya bukan selalunya menjadi faktor tetapi bezanya content yang viral ataupun tidak adalah melalui kualiti video yang dihasilkan dengan baik.

Apa ciri video yang baik? hanya 2 sahaja. Pencahayaan yang baik dan tetapan video yang beresolusi tinggi, contoh 1080 x 1920 adalah format terbaik untuk resolusi video anda. Pastikan anda mempunyai pencahayaan baik, jika anda ingin buat tetapan indoor, pastikan anda gunakan Ring Light untuk kurangkan bayang-bayang pada dan memberi pencahayaan baik untuk video anda.

Dan jika anda buat secara outdoor, cuba untuk lakukanya bila cahaya matahari tidak terlampau terik dan elakkan di bawah pantulan cahaya matahari.

4. Jangan langgar Guidelines IG

Di dalam mana-mana platform Social Media, memang ada community guidelines yang harus diikuti oleh semua pengguna untuk memastikan platform menjadi tempat yang selamat. Sama juga di Instagram. Jika anda langgar, bukan sahaja content anda tidak muncul, malah akan di banned sementara atau selama-lamanya daripada gunakan Instagram.

Sebagai seorang Content Creator, anda harus selalu up-to-date dengan Guidelines di sini

5. Letak Caption di Video Anda

Penting ke caption di video? Ya sangat penting! Sebab ramai pengguna Instagram melihat video tanpa gunakan suara, malah ada di antara yang tidak berapa jelas dengan apa disampaikan jadi caption membantu untuk mereka memahami content anda

Kebanyakan Influencer lakukan kesilapan ni, tapi kami faham bukan mudah nak buat caption yang sesuai dengan mood video anda. Perlukan extra effort tapi bila lakukanya confirm Reels mereka lebih mudah muncul dan engagement meningkat dengan drastik.

Dengan adanya caption di video anda, audience boleh cari keyword yang ada di caption tersebut selain carian gunakan hashtag. Keyword yang mudah di search akan buat video anda ada potensi viral.

6. Optimize Text Placement Di Screen

Dikala captions membantu audience anda mudah untuk memahami content anda, meletakkan text di dalam video anda mampu menambah perisa untuk video Instagram Reels anda pergi jauh. Sebagai contoh jika anda membuat video berkenaan tips penjagaan kulit, daripada gunakan suara anda, anda letak text dan gunakan lagu yang trending di dalam Reels anda.

Tetapi perlu diingatkan, harus jaga-jaga dengan text placement di screen. Anda harus pastikan video anda mengikut ratio 9:16 manakala text pula diletakkan 4:5 kepada ratio video. Cara itu akan memudahkan audience melihat text di Reels anda ketika mereka scroll di Instagram Feeds mereka.

Sebabkan video anda boleh muncul di Reels Tab dan Feeds Tab, sangat penting untuk meletakkan text anda di tengah-tengah video anda sebagai safe zone.

7. Shoot Secara Vertical dan Letak Cover

Video boleh di upload dalam format vertical dan horizontal, tapi sangat ideal untuk shoot secara vertical kerana video anda akan memuatkan keseluruhan screen di mobile device.

Buat Custom Cover boleh membantu video anda lebih menyerlah berbanding orang lain dan Instagram akan paparkan dengan lebih kerap video anda kepada pengguna yang lain. Custom Cover memberikan Reels anda menjadi eye-catching bila dilihat sebagai thumbnail.

8. Buat Video Transitions

Nak Reels anda lebih outstanding? Belajar untuk jadi expert dalam membuat transitions. Anda boleh gunakan kepelbagaian dalam melakukan transitions anda. Untuk anda Expert, anda perlu kuasai 2 tools ini, The Timer dan The Align Tools.

9. Post Di Waktu Terbaik Views

Kami faham bila anda buat content sudah pasti akan sampai satu tahap anda akan burnout dan frust disebabkan sambutan yang tidak menggalakkan untuk reach lebih ramai orang. Sebab itu sangat penting untuk anda Track aktiviti yang berlaku di akaun Instagram anda untuk kenal pasti waktu aktif mereka.

Jika anda upload di waktu mereka tengah aktif, content anda berpotensi untuk viral lebih tinggi. Pastikan Reels anda kelihatan menarik, kelakar dan menyeronokkan.

10. Gunakan User-Generated Content

Dengan mendapat inspirasi daripada orang lain, anda boleh tiruvasi mengikut objektif anda sendiri dan menghasilkan idea baharu. Jika anda telah scrolled melalui Instagram Reels baru-baru ini, anda mungkin perasan beberapa lagu yang trending digunakan. Menggunakan trend untuk kelebihan anda adalah bagus, tetapi mengambil risiko dengan cipta trend baru dan melawan arus boleh membuktikan lebih membuahkan hasil.

Jika anda boleh membuat trending anda sendiri sehingga dilakukan oleh pengguna dan Influencer Instagram lain. Itu akan membantu anda membuat lagu yang betul dan dapat growkan follower anda.

Tak Susah Sebenarnya!

Suka kami ingatkan tiada magic formula untuk hasilkan Instagram Reels yang menghasilkan viewers yang tinggi. Banyak faktor yang membuatkan content anda mendapat reach yang tinggi.

Yang penting konsisten dengan hasilkan Reels dengan baik. Jika anda ingin belajar tentang Instagram dengan lebih baik boleh pergi ke course di bawah ini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *