4 Cara Create Bio Instagram Yang Paling Perfect
Okay kejap sebelum korang teruskan baca artikel ni, cuba tengok bio Instagram dulu. Menarik ke tak bio Instagram korang? Ke macam membosankan bila orang tengok pun tak bagi impact apa-apa?
Walaupun bio Instagram atau mana-mana media sosial nampak remeh dan tidak berapa penting. Ia sebenarnya merupakan muka depan untuk business korang. Daripada situ buyer boleh tahu apa yang korang jual dan macam mana business korang tu sendiri.
Nak letak bio Instagram untuk sesebuah bisnes ni merupakan cabaran yang paling besar. Daripada bio itu lah ia akan tentukan tentang jenama bisnes korang. Bio Instagram ni dia limit untuk 150 patah perkataan, jadi apa yang korang boleh dan patut sumbat dalam bio Instagram?
Bio di Instagram juga boleh menjadi punca untuk seseorang itu follow akaun anda.Jadi, korang ikut tips dekat bawah ni untuk elemen-elemen apa yang korang boleh letak dalam bio Instagram.
1. 150 patah perkataan sahaja
Bawah daripada profile picture Instagram korang akan ada satu bahagian untuk letak bio Instagram. Selepas korang dah letak nama brand atau produk yang korang jual. Pastikan bio Instagram didahulukan dengan bagitahu orang tentang profile brand korang.
Boleh bagitahu apa yang produk korang jual atau tawarkan. Pastikan korang tulis lengkap 150 patah perkataan supaya dapat deliver pada buyer dengan
jelas. Jangan terkurang pulak takut informasi yang korang sampai tu tak lengkap.
2. Website
Instagram ada features di mana korang boleh masukkan link di dalam bio Instagram. Jadi korang kena gunakan features ni dengan sebaik mungkin sebab daripada sini lah buyer boleh engage dengan korang secara lebih mudah.
Ada sesetengah orang akan letak link Whatsapp kan? Tetapi ada juga yang letak link ke Website atau pun Linktree untuk memaksimumkan seberapa banyak link yang mahu diletakkan.
Lebih recommended sekiranya korang letak link Website atau pun Linktree kerana daripada situ customer boleh klik ke lebih banyak url yang disediakan.
3. Mudah di baca
Bio Instagram mesti lah sesuatu yang dapat menyampaikan informasi yang tepat pada buyer kan? So, bila korang buat bio Instagram tu pastikan ayat dekat bio itu menggunakan bahasa yang mudah di baca.
Jangan terlalu complicated dan bombastic sebab tak semua orang akan faham dengan sesetengah bahasa yang digunakan. Guna bahasa yang mudah untuk orang baca dan proseskan maklumat yang korang cuba sampaikan tu.
4. Hashtag
Dekat Instagram, biasanya kalau orang nak beli atau cari sesuatu diorang akan search menggunakan hashtags. Hashtag dekat Instagram boleh di klik jadi daripada situ lah ia akan membawa buyer kepada apa yang mereka cari.
Jadi untuk meletakkan hashtag di bio profile Instagram korang merupakan salah satu cara yang bernas dan akan membawa lebih banyak orang untuk visit ke akaun korang. Korang juga boleh letak hashtag yang lain daripada lain yang boleh menarik perhatian orang ramai.
Macam tak percaya kan sebenarnya daripada bio di Instagram je dapat menarik lebih ramai orang untuk visit dan follow Instagram. Memang terbukti lah ia merupakan salah satu faktor yang dapat menarik perhatian potential buyer korang! Apa tunggu lagi? Make sure ikut tips ni baru la dapat banyak hasil!
Dah dapat idea? Ini tips yang baik korang boleh ikut sebagai newbie untuk berniaga di Instagram
Nak lebih tips berkenaan cara growkan Instagram? boleh ikut tips ni di IG Huzeifa Studio 👇👇👇