fbpx

5 Hack Cara Naikkan Engagement Time Raya

Tahun 2022 adalah pemulihan bagi kebanyakan negara daripada tragedi wabak Covid-19 di seluruh dunia. Di Malaysia, Kerajaan telah mengumumkan bahawa 1th April 2022 ini akan masuk ke fasa Endemik untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dihadapi selama hampir 3 tahun.

Ini saat dinanti-nantikan oleh ramai orang. Dapat beraya bersama sanak saudara semula, kunjung mengunjungi dan ini akan menjadikan orang akan spend gila-gila bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma ini.

raya

Sebagai peniaga ini masanya untuk anda grab peluang untuk buat sales yang luar biasa berbanding bulan yang lain. Ini tips untuk anda bagaimana nak jadi outstanding walau bisnes kecil di musim perayaan ni.

1. Bina Content Yang Kreatif Dan Meriah

Untuk pastikan konten anda relevan dengan musim perayaan, pastikan anda memahami behavior audience di waktu ini. Gunakan Analytics di dashboard social media anda untuk dapatkan insight supaya memahami mereka. Buat sedikit research jenis-jenis konten yang mendapat reaksi tinggi daripada audience seperti berkaitan tips keluarga, sahur dan berbuka, personal development dan sebagainya.

Gunakan jenis konten anda juga untuk pamerkan produk anda bagaimana ianya relevan digunakan. Takde idea nak design content anda? boleh baca sini.

Salah satu Templates Niche Beauty and Cosmetics yang sesuai nak digunakan untuk Engage dengan audience sempena Raya

2. Gunakan Features Baru Social Media Sehabis Baik

Salah satunya adalah Instagram Shop – mudah digunakan untuk promote produk bisnes korang dengan kos minima. Bagusnya menggunakan feature promo di Social Media seperti menggunakan Ads, anda akan dapat data-data yang akan membantu anda untuk membuat marketing planning ke hadapan dengan lebih efektif.

Paling best, dengan adanya akses kepada Customer Behavior anda secara real-time akan membantu untuk adjust dan melihat semula offer sedia ada anda untuk diubah mengikut citarasa pelanggan bagi meningkatkan jumlah pembelian dan keuntungan bisnes anda.

3. Gunakan Platform E-Commerce/Marketplace

Untuk membesarkan lagi reach anda kepada prospek, gunakan platform-platform E-commerce/Marketplace seperti Lazada, Shopee, FashionValet, Grab, Zalora dan lain-lain. Melalui platform seperti ini, korang boleh buat tawaran khas sempena Ramadhan/Raya Aidilfitri dan lagi best di sini anda mendapat audience yang mencari sendiri untuk anda.

Tapi jika anda ingin bina E-commerce brand anda sendiri, kami suggest untuk anda gunakan Yezza sebagai permulaan kerana ekosistem mereka sangat bagus untuk pemula bisnes.

4. Engage Dengan Komuniti

Cara paling cepat untuk naikkan engagement tapi perlukan tindakan konsisten adalah untuk engage dengan komuniti. Kebanyakan mereka akan berkumpul di Facebook Group yang sesuai dengan niche bisnes anda. Boleh juga engage secara manual dengan comment di post-post yang ada tarikan kepada produk anda untuk menunjukkan yang anda mesra dan wujud di dalam ingatan mereka.

5. Buat Giveaway dan Charity

Musim Ramadhan ini adalah waktu terbaik untuk tingkatkan kredibiliti anda melalui Giveaway dan Charity. Sempena Ramadhan, banyak memberi akan memberi impak positif dalam jangka masa panjang. Anda boleh beri Giveaway seperti Ramadhan Planner, Telekung, Voucher dan sebagainya.

Tips kami untuk anda membuat Charity di Rumah Anak Yatim, Masjid atau sebagainya jangan buat bersendirian. Bekerjasama dengan NGO yang bagus seperti Myfund Action untuk mendapat exposure yang baik kepada audience dan meningkatkan kredibiliti anda.

Dah Sedia Nak Jualan Raya?

Terima kasih sebab baca sampai habis dan disebabkan oleh itu, ini tip bonus yang mudah untuk anda buat.

1. Berikan kad diskaun atau voucher percuma dan masukkan ke dalam sampul raya anak-anak ahli keluarga dan sedara mara anda. Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat mereka tahu berkenaan anda.

2. Tanya mereka jika ada kawan yang alami masalah yang produk/servis anda dapat selesaikan.
Jika ada, cakap nanti anda belanja Nasi Kandar, Mana tahu mereka beri prospek berkualiti kepada anda.

Ramadhan dan Raya Aidilfitri yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat islam di dunia terutama Malaysia. Jadi, bersedia atau ketinggalan melihat pesaing dah pergi jauh dapat berganda-ganda musim perayaan ni. Mulakan langkah anda sekarang.

Kalau segan, result masih sama, hasil tiada beza. Bak kata Albert Einstein, Seorang Saintis tersohor di eranya

” Hanya Orang Gila Sahaja Yang Buat Benda Yang Sama Berkali-Kali Tapi Mengharapkan Hasil Yang Berbeza”

Semoga sedikit sebanyak 5 tips ini dapat membantu anda membuat ‘soft sell’ ketika raya ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *