Meme ni memang selalu digunakan dalam kalangan budak-budak zaman sekarang, kalau korang tengok dekat Twitter atau pun dalam conversation Whatsapp mesti ramai yang selalu guna memes.
Memes ni best sebab dia boleh jadikan situasi tu nampak fun, mudah nak faham dan memang salah satu cara yang paling bagus untuk korang promote sesuatu brand. Tetapi persoalannya, sesuai ke guna memes untuk bisnes punya content marketing?
Selalunya memes ni akan buatkan content tu nampak lebih leisure dan boleh jadi salah satu cara untuk tarik audience atau pun potential buyer untuk lebih tertarik dengan apa yang korang nak sampaikan tentang content tu.
Tetapi tak semua brand yang berani nak guna meme dalam content marketing diorang, ada sesetengah brand diorang rasa dengan menggunakan meme untuk bisnes punya content untuk promote brand benda tu rasa pelik dan macam tak sesuai. Tetapi sebenarnya kalau korang pandai guna meme ni banyak je benefit yang korang boleh dapat untuk brand korang. Jadi, sesuai ke guna meme untuk bisnes punya content marketing?
1. Meme bantu naikkan reach & engagement
Kalau korang banyak idea dan creative team korang boleh think outside the box dan mampu create meme yang boleh relate dengan audience mesti senang je boleh naikkan engagement dan reach dekat platform media sosial brand korang.
Kalau meme tu best gerenti cepat je orang ramai akan share, retweet atau pun re-post content korang tu. Bila korang bole relate dengan sense of humor orang luar meman senang orang boleh kenal brand korang. Antara company yang selalu gunakan meme untuk marketing adalah Netflix.
2. Jimat duit, tak perlu spend banyak bajet untuk create meme
Walaupun meme ni salah satu strategi yang mudah untuk tarik audience dekat platform korang dan yang menariknya kalau nak create meme korang tak perlu nak spend beribu-ribu.
Meme ni adalah salah satu strategi untuk yang zero-cost, tak perlu keluar duit pun korang dah boleh create bermacam-macam meme. Dekat mana boleh create meme? Korang boleh guna website meme generator je untuk create meme yang kelakar dan boleh add text.
Part yang susah untuk create meme ni adalah korang kena banyak berfikir sikit untuk jadi lain daripada lain dan boleh relate dengan audience. Jangan guna atau copy meme brand lain untuk elakkan daripada sebarang isu berlaku. Caption pun memainkan peranan untuk bagi meme tu nampak lagi menarik.
3. Brand nampak lebih relevan dan ikut trend
Penggunaan meme dalam brand ni boleh tunjukkan yang brand korang ni nampak relevan dan sentiasa ikut trend. So korang boleh termasuk dalam kategori yang tak lapuk lah, tahu lah jugak apa isu semasa kan.
Sebenarnya guna meme dalam bisnes punya content marketing ni dah dikira essential dah untuk kita tarik orang ramai berminat dengan brand korang tu sendiri. Biasanya banyak je brand yang pandai dan suka gunakan meme ni untuk nampakkan yang brandi diorang ikut trend sama dengan audience. Follow the culture lah gitu. Ikut GEN Z sikit kan. Haha.