fbpx
upgrade content media sosial 2022

3 Jenis Content Wajib Untuk 2022, Upgrade Content Lama Kepada Yang Ini

Setiap tahun mesti ada macam-macam trend yang ada. Dari segi video atau pun grafik punya editing style. Macam tu jugak jenis content yang korang akan publish dekat media sosial. Korang kena sentiasa up to date daripada masa ke masa tentang jenis content yang wajib publish dekat media sosial lagi-lagi pada tahun 2022.

Memandangkan kita baru masuk tahun 2022, jadi untuk tahun ni korang kena lah jugak upgrade content dengan cara yang baru. Takkan nak content still sama macam tahun lepas kan? Kena lah ikut trend. Biar ada content yang fresh untuk audience tengok. Ni pun sebenarnya salah satu cara untuk lebih mudah nak engage dengan audience.

Ni ada beberapa jenis content yang fresh yang korang boleh cuba untuk tahun 2022.

Jenis format content ni sebenarnya bak kata omputeh lebih visual appealling gittew!

1. Instructographics

Instructographic dengan infografik ni sebenarnya lebih kurang je. Cuma apa yang membezakan dengan infografik adalah instructografik punya poster ni lebih kepada memberi arahan.

Kalau anda nak bagi maklumat pada audience dan nak mereka lebih mudah nak faham, boleh cuba guna instructografik. Mungkin produk korang ada cara untuk digunakan, jadi boleh la buat poster dalam bentuk ni.

2. Storyboards ni wajib cuba

Sebenarnya storyboards punya style ni kalau korang nak buat content sangat berkesan untuk dapat trafik dan engagement yang tinggi. Kenapa? Sebab kebanyakan orang ni suka membaca cerita. Kalau ada thread ke apa ke mesti banyak je rt kan?

Tetapi teks tu korang boleh je convert dalam bentuk gambar atau pun simbol. Jadi, orang akan rajin nak tengok dan baca story tu sampai habis. Boleh masukkan gambar, logo atau simbol yang bersesuaian.

3. Screencast video

Kalau korang taknak buat dan publish content video yang typical, boleh la buat guna style screencast ni. Korang perasan tak dekat Tik Tok antara video yang senang dapat viewers tinggi adalah bila diorang buat video jenis screencast.

Cara dia mudah je korang screen record apa yang korang nak tunjuk guna telefon atau pun komputer. Mungkin ada sesetengah customer tak tahu banyak benda, jadi korang boleh je tunjuk melalui skrin korang. From there, dah dapat jimat banyak masa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *