Kalau baju setiap tahun bertukar, macam tu jugak lah dengan semua jenis tools dekat media sosial ni. Setiap tahun mesti akan ada tools yang baru dan ada upgrade version. Untuk yang ada bisnes dan memang fokuskan online selling korang memang perlukan 7 ‘hot’ tools ni untuk tahun 2022.
Kenapa tools di media sosial ni penting untuk korang guna? Sebab nanti ia akan mudahkan kerja korang. Boleh dikatakan macam less time consuming lah, tak perlu lah nanti korang nak bukak photoshop untuk edit.
Sebenarnya, tools ni bagus untuk increase trafik dekat akaun media sosial korang dan convert  leads jadi potential customer.
Ini lah dia 7 hot tools yang wajib korang cuba untuk tahun 2022!
1. Fontise tools
Dah bosan asyik guna font sama je lepas tu leceh satu hal kalau nak guna font yang cantik sikit mula lah kena beli. Nanti short pulak bajet.
Apa yang bestnya fontise apps ni korang boleh create font berdasarkan korang punya handwriting. Kalau korang nak ada branding yang tersendiri, sesuai lah guna apps ni sebab tak ada siapa boleh tiru.
2. Icons8.com
Untuk create stock photo untuk posting dekat media sosial korang, boleh guna Icons8.com ni sebab semua ikon, gambar, vectors illustrations dan lagu untuk korang punya video boleh guna secara percuma je gais.
Bukan tu je, Icons8.com ni jugak akan mudahkan kerja korang untuk tukar background atau objek yang ada bila nak create stock photos. Korang boleh tengok sample dekat sini.
3. Renderforest.com
Nak boost brand awareness? Come on, its 2022! Korang boleh tukar cara korang engage dengan audience guna 3D explainer, baru nampak high class dan professional. Gempak kan?
Dalam renderforest.com ni korang hanya perlu masuk dan upload text tersebut dan boleh pilih font atau character apa yang korang nak. Ada lebih kurang 100 animated characters yang boleh dipilih!
4. Kapwing.com/meme-maker
Nak gain reach  dan trafik dalam media sosial ni kena lah ada sense of humor sikit. Baru lah orang tak rasa bosan bila nak scroll.
So, senang je kalau nak create meme dengan cepat. Tak perlu dah nak susah payah cari dekat Google. Masukkan je content korang dan siap!
5. Hotpot.ai/blur-face
Bila ada buat shooting dekat luar lah especially, sometimes tu kita tertangkap gambar orang dekat public. Kalau post dekat media sosial, nanti ada orang yang akan tak benarkan muka diorang di post public.
Jadi, kalau nak blur kan muka, boleh guna hotpot.ai ni. Bukan setakat blur muka je, semua benda yang korang nak blur tu boleh guna tool ni.
6. www.tweetgen.com
Kalau nak propa sikit untuk create fake tweet, korang boleh cuba guna dekat website ni. Sometimes, kita memang perlukan fake tweet ni untuk masukkan testimoni daripada customer.
Jadi, lepas ni create je dekat website ni tak perlu guna Photoshop dah guys. Tapi jangan lah guna fake tweets ni untuk jadi netizen yang tak bertauliah pulak tau!
7. Vas.3m.com
Ni website apa pulak ni? Mesti first time korang dengar nama website ni kan? Website ni salah satu tools yang paling berguna untuk media sosial korang.
Website ni akan bantu korang dapat tahu apa ‘first glance’ customer pada korang punya social media posting atau pun website.