fbpx
kenapa perlu grow bisnes tahun 2022

3 Sebab Kenapa Anda Perlu Roket Sale Untuk Tahun 2022!

Dalam mana-mana company sekali pun walau kedai makan tepi jalan, sale ni memang memainkan peranan penting dalam menetukan sama ada bisnes korang berjaya atau pun.

But, korang kena ingat bila sesekali bisnes korang down, jangan pernah rasa down. Bila bisnes down, itu sebenarnya salah satu fasa yang menunjukkan yang korang punya bisnes tengah grow.

Sebenarnya kalau korang ada create satu bisnes yang unik, lain daripada orang lain sebenarnya benda ni sangat penting untuk close the gap di antara korang punya sales dengan potential customer punya keperluan.

Disebabkan itu lah, tujuan korang buat bisnes adalah untuk fullfil customer punya needs dan jugak interest. Kalau korang punya bisnes tak membantu untuk customer, jadi sebenarnya ia akan affect sales korang.

Nak sales meroket kan untuk tahun 2022? Sebagai usahawan atau founder, for sure lah korang dah ada target yang tersendiri.

Jadi, dalam artikel kali ini kitorang akan share ‘the key’ kenapa korang perlu roketkan sales untuk tahun 2022! Lets go!

1. Sales leads conversion, tak ada sale tak ada conversion

Dalam bisnes yang memainkan peranan yang paling penting selain kita buad sale guna ads, adalah team sales dalam company tu sendiri.

Boleh dikatakan team sales ni lah yang sebenarnya boleh dekat dan tarik customer untuk beli produk dan gunakan servis yang korang dah tawarkan.

Biasanya setiap company memang digalakkan untuk hire salesperson yang berpengalaman sebab tak semua orang ada skills untuk terangkan pada customer tentang produk korang dan juga bagi connection dekat potential customer untuk beli produk korang.

Biasanyakan sales person ni diorang akan direct terus connect dengan potential customer, jadi tugas diorang lah yang akan bantu company korang reach banyak conversion daripada sales.

2. Bisnes semakin ‘Grow’

Nak buat bisnes dan jual produk untuk dapatkan sales ni sebenarnya adalah satu interaction lah antara satu manusia ke satu manusia yang lain.

Jangan sesekali korang layan customer macam nak tak nak sebab sekiranya korang dapat bagi diorang customer service yang tip top, diorang akan bagi kesan yang besar untuk sales bisnes korang.

Korang kena buat potential customer ada rasa trust dan loyalty., baru boleh buat diorang rasa nak recommend bisnes korang dekat kawan atau family members diorang.

Daripada situ je korang dah dapat free marketing. Dari mulut ke mulut orang-orang yang bercakap tentang bisnes korang. Ha, kan senang bisnes korang nak grow.

3. Customer retention untuk roket sale tahun 2022

Customer retention = pengekalan pelanggan. Benda ni nampak macam biasa tetapi sebenarnya penting. Korang mesti lah nak ada loyal customer, betul tak?

Tetapi untuk ada customer retention ni korang kena improve customer service syarikat korang dari masa ke masa. Bila ada customer service yang bagus, korang bukan je dapat sales tetapi korang still dapat relationship yang longterm dengan customer.

Bila dah dapat relationship yang long term dengan customer, korang akan mudah untuk dapatkan customer yang repeat order dengan company korang.

Salah satu cara yang korang boleh buat, adalah sentiasa follow up dengan new atau existing customer. Kalau customer ada problem atau complain, cepat-cepat korang kena selesaikan masalah diorang. Jangan buat sambil lewa je.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *