Korang semua tahu kan yang content calender ni penting untuk korang organize content untuk tahu mana satu yang patut publish dulu atau pun content yang akan di schedule. Tetapi ada satu masalah yang akan datang bila korang dah buat content calender ni sebab kena siap-siap arrange content. Banyak cara sebenarnya untuk cari content yang up to date.
Selalunya yang akan menjadi masalah bila korang dah tak ada content untuk di publish dalam masa sebulan awal atau pada bila-bila masa sahaja. Disebabkan itu lah kalau korang nak social media account korang stabil, korang kena juga ada content selalu supaya consistent.
Selalunya benda macam ni social media manager lah akan handle daripada content, dia akan view data lepas post daripada ke traffic, engagagement sampai lah ke berapa jumlah followers yang dah naik.
Kalau nak tahu content yang best untuk akaun media sosial ni biasanya visual kena cantik, kalau boleh original content, tak terlalu hard selling baru lah orang akan tertarik.
Selalunya korang cari content untuk akaun media sosial korang dekat mana? Kalau tengah tak ada idea nak cari content, boleh ikut macam contoh di bawah ni:
- Facebook Page
Apa je yang tak ada dalam Facebook ni semua ada? Segala jenis content atau topik yang korang nak cari mesti akan ada. Kalau korang dah lama tak guna Facebook dan sekarang ni lah masa yang sesuai untuk korang explore cari content yang berkaitan dengan niche korang.
Kebiasannya content dekat Facebook ni lagi laju keluar daripada platform lain. Jadi korang boleh la observe apa current trend untuk niche korang tu.
2. Twitter search +hashtag
Kalau zaman dulu nak cari any latest news biasanyak orang akan cari platform berita ke apa ke kan, sekarang ni Twitter pun sama macam platform berita dah. Ada masanya isu dekat Twitter lagi cepat keluar berbanding sumber berita yang lain.
Untuk content yang related to current news atau yang viral, korang search je dekat Twitter search bar tu dan boleh jugak letak hashtag. Nak tahu info tentang digital marketing? Search je mesti sekejap je korang dah boleh jumpa.
Guna Twitter ni memang bagus untuk korang dapat current issue especially yang berkaitan dengan niche korang tu. Mesti korang pun selalu perasan orang akan share tips & tricks, honest review dan experience diorang jadi benda tu memang sangat membantu untuk korang cari content yang sentiasa up to date.
3. For You Page (FYP) Tik Tok
Tik Tok ni mungkin untuk budak-budak muda dalam lingkungan 20-an mungkin korang dah pro guna Tik Tok ni dan ikut current trend kan? Apa yang bestnya dekat FYP TikTok ni dia akan keluar content daripada luar negara jugak.
Jadi korang bukan je up to date dengan trend dalam Malaysia, tapi luar Malaysia pun korang still follow the trend. Trend dekat TikTok ni memang bawak pengaruh yang besar.
Kalau korang scroll lama sikit dekat FYP mesti bermacam-macam content yang korang jumpa. Tik Tok ni bukan tempat budak remaja berjoget je eh, content jenis edutainment pun banyak. Memang interesting lah!