Semua platform yang ada di negara kita ni membolehkan korang untuk guna dengan desktop atau pun smartphone. Ramai small bisnes owner yang mencari rezeki dalam platform media sosial dan mungkin sometimes korang ada terfikir samada perlu ke nak hire orang untuk handle media sosial, sebab korang rasa korang boleh je buat semua benda tu. Ye lah di hujung jari je kan?
Tetapi korang kena ingat untuk manage media sosial ni bukannya setak insert gambar, copy paste caption lepas tu tekan publish. No! Tak semudah itu ye guys. Kalau korang ada small bisnes, setiap benda yang korang nak publish tu mesti kena fikir dua tiga kali.
Kena ambil masa untuk buat caption yang boleh gain attention audience, snap dan pilih gambar yang aesthetic dan macam-macam lagi lah. Sebelum korang nak update apa-apa dekat media sosial, korang kena ada simpan backup jugak copy tu risau tiba-tiba posting tu hilang atau crash.
Biasanya small business owner ni diorang punya team tak ramai samada dalam 1-2 orang sahaja. Mungkin ada masa yang korang tak lepas tangan dan tak ada masa untuk update di media sosial. Disebabkan itulah ada beberapa sebab yang kenapa small business ini juga perlu manage media sosial dengan betul.
1. More Organize
Bila dah ada bisnes, biasanya orang akan create business account dekat semua platform media sosial contohnya Twitter, Instagram, Facebook atau pun TikTok. Nak publish content daripada setiap akaun ke akaun yang lain dalam satu masa tu sometimes agak sakit lah jugak. Risau nanti jadi serabut.
Sebab itu lah sekarang ni dah banyak apps yang korang boleh guna untuk media sosial contohnya business suite, creator studio dan Hootsuite. Bila guna apps ni korang akan jadi more organize, boleh monitor semua akaun dalam satu apps je.
2. Data Analytic
Setiap bulan memang boleh dikatakan wajib lah untuk korang measure statistik akaun bisnes korang tu. Kalau tak measure statistik dan tak tahu semua data analytic itu lah yang akan menyebabkan korang sentiasa duduk dalam comfort zone dan bisnes tak grow.
Korang kena manage betul-betul, tengok statistic dan data analytic untuk followers, reach, traffic, engagement dan likes. Bila korang guna apps yang betul untuk handle media sosial ni, dia akan mudahkan korang untuk tahu performance bisnes korang.
3. Schedule post content media sosial
Biasanya kalau korang guna apps dekat telefon korang, original apps tu tak ada feature untuk korang schedule post. Jadi cara yang mudah untuk korang manage semua content yang nak post dekat akaun bisnes tu dengan guna apps.
Biasanya bila guna specific apps untuk organize. Ia akan mudah kan kerja korang. Korang tinggal schedule je nak post pukul berapa. Nanti dia akan post kan sendiri.