Dalam dunia semua yang kita tengok dengan mata kasar memang semua full of colours. Nak pilih baju, aksesori, makanan semua memang ada warna. Duit pun lah ada warna yang tersendiri. Setiap warna yang kita tengok tu biasa korang aka nada perasaan dan rasa yang tersendiri.
Untuk warna gelap mungkin korang akan timbulkan perasaan yang lebih strong atau ganas dan warna yang lembut lebih ke arah rasa yang tenang dan suci. Ahhh gittew. Macam macam rasa yang boleh timbul hanya dengan korang tengok warna tu, boleh rasa nervous, gembira, tenang, santai dan macam-macam lagi lah.
Zaman dulu kan sebelum wujudnya warna warni ni TV dulu hanya keluar wana hitam dan putih sahaja. Mungkin zaman tu orang hanya fokuskan perasaan pada visual dan suara je. Bila dah modern sikit baru lah ada wujudnya warna-warni dan memang digunakan dalam gambar, video dan marketing materials pun jugak.
Jadi persoalannya dekat sini kalau nak buat kempen launching, penting ke untuk guna colour scheme yang menarik? Ada effect ke tak pemilihan warna yang betul dalam korang punya marketing strategy?
Warna Penting Atau Tidak?
Sebenarnya YA, warna memang memainkan peranan yang sangat penting untuk kempen launching yang korang akan buat tu. Jadi, pemilihan warna yang betul memang penting sebab apa? Sebab utamanya adalah warna ni dia ada strong power untuk attract audience atau pun potential buyer korang untuk tertarik dengan kempen yang korang adakan tu.
Kalau korang berjaya pilih warna yang betul, sebenarnya korang dah naik satu langkah dalam kembangkan jenama korang. Kalau warna tu memang kena dengan tema brand korang, korang akan berjaya buat audience ingat tentang kempen tu sendiri. Bila orang cakap tentang kempen korang, diorang siap boleh ingat lagi apa tema yang korang dah buat semasa kempen tu berlangsung.
Contohnya lah warna yang memang orang boleh ingat dan kempen marketing yang memang betul-betul berjaya sampai lah sekarang, adalah Coke. Kalau sebut tentang Coke orang tak akan berteka teki dah. Orang akan terus sebut warna MERAH. Itu lah maksudnya yang kempen launching diorang memang berjaya sampai ke tahun ni.
Jadi, sebelum memilih warna untuk kempen launching tu korang kena ambil tahu apa maksud yang tersurat dan tersirat pada setiap warna yang dipilih tu. Kena tahu jugak ianya sync dengan tema dan motif launching tu atau pun tak. Selain warna pun design juga kena bersuasaian. Takkan lah design bunga tapi korang ambil warna yang emo kan. So kena guna warna yang relatable dengan design dan motif launching jugak.