tutorial masukkan subtitles guna canva

Tutorial Mudah Masukkan Subtitles Dalam Video Di Canva

Kalau korang tengok cerita orang putih dekat Astro tu mesti benda pertama yang korang buat nak ada subtitles. Betul kan? Hahaha. Ye lah sebab tak semua orang faham sesuatu Bahasa tu, macam tu jugak bila kita tengok Kdrama mesti lah kena ada subtitles.

Even dekat Youtube pun diorang ada buat option untuk pilih subtitles. Bila ada subtitles ni korang boleh buat videokorang untuk reach out dekat audience  yang lebih ramai dan bukan setakat orang Melayu sahaja tetapi satu dunia pun boleh.

Kalau korang ada buat bisnes atau apa-apa jenis video sekali pun mesti lah target korang nak ada banyak viewers. Jadi, salah satu cara yang boleh menyumbang untuk naikkan viewers korang ni mesti lah dengan adanya subtitles. Subtitles ni boleh tolong naikkan engagement dan boost kan SEO korang yang produce content ni. 

Mana lah tahu korang ada customer dari luar negara, dia berminat nak beli produk korang tapi dia tak tahu produk korang tentang apa, jadi bila korang ada buat video tu letak lah sekali subtitles tu. Tak perlu letak banyak bahasa pun, Bahasa Inggeris je pun dah cukup. Memandangkan Canva ni tujuan dia nak memudahkan hidup kita untuk buat design.

 Korang boleh senang-senang je masukkan subtitles dalam video di Canva. Sekarang ni, untuk masukkan subtitles korang tak perlu dah download Adobe Premiere Pro. Jom ikut tutorial dekat bawah ni:

Langkah 1

Dekat home page Canva, korang terus klik pada video. Lepas dah klik video,korang boleh gunakan template yang Canva dah sediakan atau pun guna video yang korang  dah record sendiri. Sebab kalau korang masukkan video yang korang dah recordsendiri mungkin kualiti video tu lagi bagus. 

Korang hanya perlu upload dan masukkan dalam library macam biasa atau option lain korang boleh jugak record video korang tu straight dalam Canva. Tetapi kualiti video bergantung pada kamera yang korang gunakan tu lah. Kalau laptop korang kamera dia cantik nanti video pun akan jadi cantik.

Langkah 2

Bila dah settle masukkan video  dalam Canva, tekan text dan dekat bahagian atas sekali aka nada tiga option iaitu add a heading, add a subheading dan add a little bit of body text. Korang tekan je option yang pertama tu which is add a heading

Korang bawak text tu ke bawah dan korang dah boleh mula transcribe. Korang dengar apa yang video tu bercakap dan translate masukkan subtitles. Macam tu je, senang ke senang? Mesti lah senang.

Langkah 3

Bila korang dah masukkan text untuk subtitles tu dalam video, sometimes text tu tak berapa nak nampak sebab mungkin video korang tu sama dengan warna text atau pun video terlalu crowded pun boleh jadi punca text tu tak berapa nak nampak. 

Tetapi jangan risau korang boleh adjust text tu dengan korang tekan text tu dan dia akan keluar effect. Lepas dah tekan effectsada banyak choice yang korang boleh pilih untuk adjust text tu. Salah satunya splice.

Text effects untuk splice ni font korang akan ada outline dan warna dekat dalam. So korang boleh adjust  offset dan thickness  dan text tu akan lebih nampak bila dalam video. Kalau rasa warna text tu sama macam video, korang boleh je custom warna yang korang nak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *