Biasanya semua orang yang baru nak buat bisnes sendiri ni diorang akan fokus untuk cari idea & niche yang best selling macam mana nak create product, mula develop website untuk brand sendiri, fikir untuk semua marketing campaign atau pun untuk ada kedai sendiri untuk korang punya online business.
Itu sebenarnya salah satu strategi yang memang bagus lagi-lagi kalau korang new to business sebab boleh naikkan SEO. Jadi orang bisnes ni otak korang kena selalu aktif fikir apa yang terbaik untuk naikkan brand, baru lah syarikat korang boleh menyerlah daripada pesaing.
Tetapi jangan lah pulak rasa syok sendiri bila nak ada bisnes sendiri ni, korang kena pastikan korang study niche market dulu dan ambil tahu apa target market korang punya needs dan juga interest.
Niche ni penting kalau korang nak achieve certain target untuk korang punya brand monthly sales. Sekarang kan memang majority bisnes buat online je, jadi korang kena tahu la niche apa yang paling best selling untuk tahun 2022.
Niche ni bukan ikut trend macam TikTok trend tu tau sebab niche ni memang dah sedia ada dah lama dalam industri bisnes, cuma brand yang sedia ada ni lah yang membuatkan orang ramai rasa nak beli dan memang memerlukan.
Kalau korang dah aim untuk pergi ke market yang lebih besar, sangat recommended untuk korang pilih niche yang ‘profitable’ untuk korang punya bisnes online.
1. Kesihatan
Niche produk yang related dengan kesihatan ni boleh berkait rapat dengan kesihatan kulit, berat badan, rambut atau pun dalaman. Orang sekarang memang tengah musim jaga kesihatan diri lah lagi-lagi sekarang kita kan tengah struggle nak lawan virus Covid-19.
Kalau korang scroll any social media, mesti nampak banyak founder atau business owner yang jual pil itu pil ini atau supplement. Contohnya pil untuk kurangkan berat badan, supplement untuk sihatkan kulit, air detox, herba-herba dan macam-macam lagi.
Orang ramai akan cari pelbagai alternative selain daripada ubat untuk jaga kesihatan diri, sebab tu lah niche kesihatan ni sangat luas dan sampai bila-bila pun ia akan menjadi niche yang profitable sebab ni adalah satu keperluan.
2. Haiwan Perliharaan
Setiap rumah dekat Malaysia ni boleh dikatakan mesti diorang ada bela haiwan perliharaan kucing, anjing, arnab, hamster atau pun ular sekali pun. Orang sekarang dah banyak yang suka invest untuk diorang punya pets.
Niche untuk haiwan perliharaan ni sangat lah luas ye korang daripada mainan, makan, class training untuk haiwan, supplement, stroller, ubat gigi ha macam-macam lah. Haiwan sekarang pun dah macam manusia tau, niche market untuk binatang perliharaan ni setiap tahun makin grow.
3. Kecantikan
Beauty standard orang Malaysia ni, korang tak perlu banyak cakap pun dah tahu dah apa yang orang ramai nak ada lah kulit flawless, tegang, tak ada jerawat atau jeragat dan lagi satu ramai sangat yang nak kulit yang cerah dan sihat.
Jadi dalam niche ni kalau korang keluarkan produk jenis krim, pencuci muka atau exfoliator mesti ramai yang minak dan beli dan memang sah-sah la profitable.
Lagi satu kebanyakan orang takut kalau kulit diorang kedut, jadi anti-aging produk lah antara salah satu penyelamat. Korang boleh jugak grow dalam niche ni dengan rajin buat video di TikTok atau Youtube nanti mesti profit tinggi.