fbpx
apps editing

Top 3  Apps Editing 2022 Untuk Setiap Bisnes Owner

Selain daripada nama brand untuk bisnes dan produk, sebenarnya grafik design juga memainkan peranan yang penting untuk untuk buka peluang pada bisnes korang supaya lebih berjaya. Walaupun design ni nampak macam agak remeh lah jugak bila nak mula buat tu tetapi outcomenya dia akan bagi banyak benefits untuk bisnes tu sendiri. Ada beberapa tips jugak especially untuk new business owner tentang grafik design yang kitorang akan kongsikan dalam artikel kali ini.

Biasanya sebelum nak mula design korang kena buat banyak research dan kalau boleh kumpul lah sebanyak mana inspiration yang korang ada tu untuk mudahkan designer nak dapat ilham.

Bila dah buat design, kalau nak tahu design korang tu sesuai ke tak untuk produk atau syarikat korang pastikan buat prototype. Bila ada prototype ni nanti senang la untuk tahu ikut citarasa korang ke tak.

Sebenarnya kan lah apa yang buatkan marketing campaign korang berjaya ni banyak berpunca daripada design selain copywriting. Bila ada design yang cantik baru lah orang akan hold attention dekat korang punya marketing campaign post.

Untuk new business owners dekat luar sana, mungkin korang tak akan terus mampu untuk hire team untuk graphic design secara terus kan? Mungkin korang juga ada yang tak berapa nak ada basic untuk design-design ni.

Tetapi jangan risau, ada beberapa website dan apps ni kitorang nak suggest untuk mudahkan kerja you guys!

1. Colours Cafe

Untuk satu design tak kira lah poster atau pun logo. It Is recommended untuk korang guna tiga ke empat combination colour je. Kalau korang kurang ilmu combination warna apa yang sesuai untuk create design boleh refer dekat Instagram Colours Cafe.

Diorang dah siap create palettes warna untuk korang pilih. Apa susah?  Korang pick je satu palette warna yang korang untuk create design.

2. WhatFont

Website WhatFont ni korang boleh pilih the best font yang sesuai untuk korang punya graphic design. Ada beberapa tips yang korang boleh guna untuk font graphic design.

Untuk design font sekurang-kurangnya dalam satu design kena ada beberapa variasi untuk font. 3 kelainan je cukup. Apa yang beza dalam setiap variasi tu bukannya satu poster ada 3 font, tetapi perbezaan setiap font tu dari segi saiz, ketebalan, warna dan space antara setiap font.

Untuk logo brand punya design pula pastikan design tu bersesuaian kalau korang nak masukkan dalam mana-mana template lagi-lagi bila ada background warna putih atau hitam dan juga inverted colours.

3. Adobe Color untuk bisnes punya colour palette

Tool ni paling interesting sebab korang memang tak payah nak pening-pening untuk fikir colour palette yang bersesuaian untuk your brand.

Apa yang korang perlu buat adalah pilih je warna yang korang suka dan minat nanti dia akan automatik combine dan create kan colour palette. Lepastu dah boleh save terus. Menarik kan?

Setiap font dan pemilihan warna yang korang dah pilih tu kena juga ambil tahu maksud disebaliknya. Sebab setiap font dan warna kan berbeza dan bila kita tengok pun tahu ia melambangkan apa. Contohnya macam warna biru orang akan selalu guna untuk bisnes korporat atau bank ke.

Kalau warna pink dia macam ke arah bisnes yang fun  dan playful. Kalau guna warna pink untuk bank sesuai tak? Ha nampak pelik pulak kan. Jadi kena pastikan korang pilih warna dan font yang bersesuaian dengan bisnes tu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *