fbpx
bulb

The Right Way Untuk Bisnes Di Media Sosial

Persaingan bisnes dekat media sosial ni memang tinggi, nak stand out daripada brand lain tu memang susah. Sebab terlalu banyak dah bisnes yang ada dekat Instagram, Facebook, Twitter atau pun TikTok. Sometimes, kalau kita tak search pun memang terus keluar lah ads bisnes. Small business ada, big brands pun ada. Korang kena guna the right way lah untuk ber-bisness di media sosial.

Jangan pernah salah langkah bila korang dah mula ada akaun bisnes di media sosial, customer boleh buat apa sahaja yang diorang mahu. Apa pun prioritise kan jugak apa yang diorang mahu dan listen to them. Untuk yang dah ada akaun bisnes dekat media sosial kan, berapa tahun korang tunggu untuk bagi bisnes betul-betul stable?

Untuk yang baru nak ber-bisnes di media sosial, dont worry! We got your back. Korang boleh mulakan bisnes with the right way dengan cara di bawah ni.

1. Followers > Customers

Sekarang ni seller memang rely mostly dekat digital marketing je. Tetapi ada satu masalah which is bila marketer terlalu banyak blast ads dekat media sosial sometimes customer ni dah tahu yang itu ads, makin lama diorang akan ada rasa turn off untuk beli produk tu.

Jadi the right way yang korang boleh buat adalah untuk create followers atau pun fans. Jangan terus jumpa potential customer dan promote barang. Sebaliknya korang buat diorang macam rakan, communicate dan have a good relationship with them. Baru lah diorang rasa senang nak beli produk korang.

2. Bawa potential customer masuk ke database

Kalau korang nak tahu sebenarnya goal untuk buat bisnes di media sosial ni bukan lah untuk kita bawak potential customer daripada satu platform ke satu platform yang lain. Benda tu tak akan menentukan sama ada betul ke customer tu akan pergi dekat platform yang korang pilih tu sebab algorithm media sosial ni selalu berubah.

Jadi why not korang create database daripada followers yang ada tu. Korang boleh bawa potential customer dengan masukkan ke database korang dengan cara mudah which is boleh offer diorang untuk join training class, video, subscribe email atau voucher dan banyak lagi.

3. Jangan sorok harga produk is the right way

Perasan tak ramai audience sekarang dah mula rasa annoyed apabila ada sesetengah brand atau seller ni dia jenis sorok harga produk. Dekat media sosial dia tak ada satu info pun yang tunjuk harga produk tu. Tak kisah lah korang jual produk dengan harga murah atau mahal, tetapi kena ingat sekurang-kurangnya ada satu posting yang tunjuk harga produk tu.

Jangan la buat customer rasa turn off bila nak membeli, kerana mereka jenis nak jawapan yang cepat. Elakkan bila customer tanya harga dan korang suruh check DM. Bila customer dah bukak DM, bukannya terus bagi harga tetapi ada panjang lebar intro yang potential customer perlu jawab.

Sekiranya korang masih lagi buat cara macam ni dah boleh la slowly berhenti daripada sekarang. Nak hilang customer ke? Mestilah tak nak kan! Jadi korang sebagai seller, cuba untuk mudahkan customer supaya diorang ada customer-friendly experience dengan brand korang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *