TERUK! 3 Sebab Anda Dilarang Beli Follower!
Followers sikit tetapi dapat banyak profit atau pun banyak followers dekat semua platform media sosial tetapi dapat profit seciput je? Tujuan korang nak buat bisnes semestinya lah nak dapat profit kan? Baru lah boleh survive.
Buat apa habiskan duit beli followers tetapi profit yang korang dapat tu pun suam suam kuku. Tak ke membazir je duit macam tu? Ada banyak followers dekat semua platform media sosial macam Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok sebenarnya bagus dan bagi first impression yang baik untuk potential customer kita.
Jumlah followers yang banyak ni sebenarnya buat orang percaya nak beli dengan brand kita. So, kiranya macam ‘trusted’ lah gitu! Ada juga sesetengah business owner yang sanggup beli followers dengan cara mudah. Jadi, followers yang dia ada tu bukan organik lah.
Kalau korang beli followers, jumlah followers yang follow akaun korang itu tak semestinya target buyers korang. Tetapi ia boleh jadi orang yang datang dari negara lain jugak tau, entah siapa-siapa je boleh jadi.
Kalau korang type dekat Telegram atau pun google ‘beli followers dan like’ mesti banyak je orang yang korang boleh jumpa sediakan servis ni. Tetapi sebelum korang nak beli followers, kena fikir yang followers yang dibeli ini tidak mungkin dapat memberi profit yang lumayan pada bisnes korang tau! Dekat bawah ni ada beberapa sebab yang kenapa korang tak digalakkan beli followers untuk mula bisnes.
1. Tak Jujur Dengan Bisnes Sendiri
Sebenarnya business owner yang beli followers, share dan likes ni boleh dikatakan scammer. Korang boleh dikatogerikan scammer, kerana korang
seolah-olah dah buat orang ramai percaya yang followers semua tu adalah organik dan real tetapi sebenarnya adalah dibeli dan mereka telah tertipu. Kalau korang beli followers, ini mungkin cara mudah untuk tarik orang ramai beli dan percaya pada produk korang.
Tetapi sebenarnya jumlah followers yang dibeli ini tidak langsung memberi impak pada bisness korang tu. Bila dah kantoi dengan orang ramai yang korang sebenarnya beli followers, brand korang sendiri akan dapat bad impression dari orang ramai dan boleh lingkup terus bisness korang tu.
2. Followers Bukan Target Audience
Cuba korang fikir balik, walaupun korang beli followers sampai 50,000 sekali pun tetapi kebanyakannya bukan dari Malaysia atau dari negara target customer korang. Tak ke membazir duit macam tu je? Mesti korang tertanya-tanya kan selalunya followers ini datang dari negara mana.
Biasanya, kalau korang beli followers kebanyakkan daripada mereka ini datang dari negara barat. Lepastu, akaun yang follow tu tak tahu akaun betul atau fake. Nanti customer mesti pelik, kenapa akuan ada 50,000 followers tapi likes dan engagement dekat setiap post tu kurang. Itu pun boleh dipersoalkan oleh customer ya.
3. Mereka Tak Kenal, Suka dan Yakin Dengan Anda
Sebelum nak beli barang daripada mana-mana brand atau syarikat. Semestinya potential buyer akan tengok review atau feedbacks yang korang
sediakan. Lebih banyak feedbacks dan review yang korang letak, lebih tertarik diorang nak beli produk tu. Tetapi kalau banyak followers tetapi feedback dan review setakat 2-3 je korang rasa orang nak beli tak? Mesti lah tak kan? Sebab rasa was-was betul ke produk ni elok dan diorang takut kena scam je sebenarnya.
Kesimpulannya, lebih baik lah korang create followers sendiri daripada beli. Followers yang organik lagi bagus sebab sudah semestinya diorang memang berminat dengan apa yang kita jual dan promote.
—-
Nak tahu cara ‘tarik’ follower organik?
-
Ebook: Magnet ‘Tarik’ FollowerRM39.00