Okay nak tanya bila last korang shopping dekat mall? Boleh dikatakan sekarang ni memang majoriti ramai orang shopping online je kan. Kalau korang perasan sekarang memang banyak sangat small bisnes yang ada sekarang ni. Tetapi sebenarnya tak kisah pun korang shopping online atau pun dekat mana-mana kedai.
Tu pun diorang dah cukup bersyukur, sebab at least korang bantu punca pendapatan diorang. Duit yang korang dah laburkan dekat owner small bisnes tu sebenarnya dah buat diorang punya dreams come true gitu. Sebenarnya nak dapat satu sale pun untuk sesetengah small bisnes ni bukannya senang. Jadi, bila korang shopping dekat akaun lokal atau small bisnes ni macam korang dah bantu ekonomi diorang.
Sometimes ada sesetengah orang pertikaikan kenapa harga small bisnes ni agak mahal berbanding dengan harga yang ada dekat Shopee tu, korang kena ingat small bisnes ni selalunya diorang tak ambil stok yang banyak jadi tak boleh nak jual dengan harga yang murah dan dari A to Z muka diorang tu je la yang buat semua benda.
Tetapi, jangan risau kalau korang tak ada bajet atau duit macam tak cukup nak beli barang-barang daripada small bisnes ni, ada banyak cara yang boleh tunjuk korang support dengan tak keluarkan duit langsung.
1. Share dekat akaun media sosial
Cara paling mudah lah kalau korang nak support small bisnes ni atau member punya bisnes, korang tolong share social media post dia pun dah cukup bagi diorang. Contoh lah kalau diorang ada post sesuatu dekat Facebook, Instagram,Twitter atau TikTok.
Lepas korang dah tengok tu boleh lah share dekat profil korang pulak. Jadi bila ramai orang dah tengok post tu, kiranya macam korang pun dah bantu diorang dari segi free marketing. Dapat lah korang tolong diorang naikkan engagemet, traffic atau pun reach ke media sosial diorang.
2. Follow akaun small bisnes
Nak tunjuk kita support diorang tapi tak guna duit langsung? Follow je akaun bisnes diorang. Satu klik yang korang follow diorang tu dah membantu sangat untuk diorang. Sebab followers untuk dekat akun bisnes ni sebenarnya penting jugak sebab ada sesetengah orang tu dia akan tengok jumlah followers tu dulu. Bila dia tengok akaun tu ada followers baru lah diorang rasa berani sikit nak beli daripada small bisnes tu.
Bila makin ramai orang dah follow Instagram tu sebenarnya korang akan bantu owner tu tau. Sebab dalam Instagram kalau akaun tu dah ada sepuluh ribu followers, nanti orang boleh swipe up je link tu. Nanti lagi mudahkan diorang la untuk customer beli dari diorang. Bila small bisnes tu ada banya followers nanti akan lagi mudahkan diorang untuk compete dengan pesaing.
3. Review & hashtag
Bila korang dah beli barang atau any produk daripada akaun diorang, salah satu benda yang diorang appreciate adalah apabila korang bagi review. Sebab diorang memang memerlukan review ni dan lagi senang bila korang guna hashtag yang diorang sendiri dah buat. Nanti akan mudahkan kerja diorang kalau nak track review korang tu.
Korang as seller sebelum nak beli barang atau produk daripada any shop mesti korang cari dan tengok review dulu kan? Ha sebab tu la semua small bisnesowner ni perlukan support korang untuk tulis review yang bagus-bagus untuk business shop diorang.