Kalau korang jenis suka buat content dan publish dekat semua platfrom media sosial yang korang ada, sebenarnya korang dah ada personal branding dalam tak sedar. To be truth, sebenarnya hampir semua orang ada personal branding tapi korang kena ingat tak semua orang memang praktikkan personal branding tu. Jadi korang rasa siapa yang memang memerlukan personal branding?
Walaupun semua orang sebenarnya dah ada personal branding tetapi tak semua orang ambil serious dan buat betul-betul sampai lah satu tahap yang mana korang baru mula berfikir macam mana nak manage content dan apa yang sesuai untuk publish dekat media sosial. Ha, dari situ lah korang akan tahu yang itu adalah personal branding.
Mesti bagi korang, orang-orang yang ada personal brandingni mesti lah artis, influencer atau pun founder. For you information lah, untuk orang yang perlukan personal branding ni tak semestinya diorang kena ada followers ramai, ada bisnes sendiri atau pun content creator.
Ada banyak jenis orang sebenarnya yang memerlukan personal branding, contohnya macam leader, tutor, cikgu atau creator dan macam-macam lagi. Setiap orang punya jenis dan cara untuk personal branding adalah lain-lain. Walaupun korang dalam industri yang sama, tak semestinya cara korang buat personal branding tu akan sama dengan yang lain.
Bila korang dah ada personal brand ni, diri sendiri lah yang kena control apa yang korang nak produce atau tunjuk dekat dalam media sosial. Semua content yang korang publish dekat media sosial tu lah yang akan reflect diri korang dan apa yang audience akan cakap tentang diri korang. Online reputation kena jaga tau!
Jadi, PERLU ke untuk saya ada personal branding?
Bila soalan macam tu dah keluar dekat fikiran korang. Tanya diri sendiri balik. Tengok balik diri korang sama ada dalam lima ke sepuluh tahun akan datang mana tempat yang korang akan berada. Korang jenis nak grow professionally atau pun personally?
Kalau korang rasa diri korang jenis nak grow secara professionally, nak ramai orang tahu tentang diri korang dan YES korang memang memerlukan personal branding. Tak kisah lah korang mekanik, sales girl atau pun apa -apa sahaja, sebenarnya besar je peluang korang untuk grow dalam niche tu.
Bila korang dapat grow dalam niche sendiri sebenarnya korang dah attract banyak peluang yang ada di depan mata. Mana lah tahu lepas ni korang akan dapat offer yang lebih tinggi? Cuba korang bukak TikTok, mesti korang nampak pelbagai jenis kerja yang jarang kita nampak ada, memang power.
Zaman dunia online ni, mostly bisnes memang rely on social media. Kalau korang punya online presence atau personal branding tak power, korang punya potential customer ni ada banyak je alternatives lain yang diorang boleh pergi dan pilih.
Jadi, korang yang dah ada name atau brand recognition ni sebenarnya akan dapat banyak peluang dan yang paling gempak adalah korang akan lebih menyerlah daripada yang lain.