fbpx
business plan 2022

Siapa Sebenarnya Yang Memerlukan ‘Bisnes Plan’?

Kalau korang nak ajak family dan kawan-kawan pergi bercuti. Apa perkara pertama yang korang buat? Mesti ‘plan’ kan? Siapa yang macam ni? Betul kan! Sesuatu yang korang nak buat tu dah tentu mestilah ia sesuatu yang korang rasa mesti pastikan benda ni berjaya untuk dilaksanakan.

Macam tu jugak lah untuk plan bisnes. Kalau korang nak buat bisnes dan mahukannya berjaya, kena ada bisnes plan. Tanpa bisnes plan korang tak akan nampak benda baik dan buruk yang mungkin akan terjadi.

Bisnes plan ni sebenarnya adalah satu benda yang bertulis untuk korang tahu apa yang korang nak buat untuk masa depan company atau brand korang sendiri. Senang cerita kalau korang buat sesuatu yang memang memerlukan diri sendiri untuk invest duit ke sesuatu benda, memang kena ada plan terlebih dahulu.

Bila dah keluar kan duit, tenaga dan masa yang banyak dah tentu lah yang korang akan expect untuk dapat profit yang banyak. Jadi untuk dapatkan profit yang banyak, bisnes plan ni lah yang akan bantu mudahkan kerja korang.

Bisnes plan ni sebenarnya boleh bantu korang untuk settlekan banyak masalah atau persoalan daripada orang yang membaca atau menulisnya sendiri. Sebab apa founder atau business owner kena ada bisnes plan? Ia adalah untuk mudahkan diorang yang mencari investor ini untuk sampaikan diorang punya misi dan visi dekat investor, baru la boleh buat investment.

Nanti investor pun boleh la ada rasa interestednak invest dekat korang. Bukan tu sahaja bisnes plan ni sebenarnya dapat bantu korang untuk urus syarikat atau brand dengan lebih baik. Secara general lah, dalam bisnes plan korang kena ada company punya goals, strategi, potential problems, solution dan juga berapa banyak duit yang perlu dikeluarkan. Financial punya in and out memang korang kena keep track ya, jangan ambil mudah!

Siapa yang perlu ada ‘bisnes plan’?

1. Startups

Kalau korang baru nak masuk dunia bisnes, bisnes plan adalah salah satu perkara yang korang perlu buat dahulu sebelum nak terus jual produk. Biasanya orang yang baru nak mula bisnes ni, ilmu dan pengalaman mereka kurang. Jadi untuk pastikan bisnes tu boleh pergi jauh, buat lah bisnes plan.

Sekiranya tidak ada idea macam mana nak buat plan bisnes, boleh beli buku-buku yang telah disarankan oleh orang ramai yang berkenaan dengan plan dan strategi bisnes. Siapa pun anda, jangan rasa berat untuk membaca buku, kerana pelbagai informasi yang luar daripada jangkaan, korang boleh dapat.

2. Syarikat yang dah established

Biasanya tak semestinya startups company je yang perlu buat bisnes plan ni kadangkala syarikat yang dah established ni pun memang memerlukan bisnes plan untuk memudahkan urusan dan menyelesaikan segala masalah yang patut diselesaikan. Untuk bisnes yang dah established ni biasanya bisnes plan ni bertujuan untuk grow kan syarikat tu.

Mungkin bila dah terlalu lama sangat dalam industri bisnes, ia jadi macam tak ada perubahan dan tak berkembang. Terlalu di dalam comfort zone lah. Plan bisnes ni boleh dilihat sebagai alat yang berharga digunakan untuk menyampaikan misi dan prospek perniagaan kepada pelanggan, pembekal atau orang lain di luar sana.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *