Perasan kan sekarang ni dah ramai yang guna buat carousel dekat Instagram. Carousel ni dia akan buat feed korang nampak kemas dan boleh deliver banyak mesej dalam one time post. Menarik kan? Kalau korang nak post jenis informative punya posting, sangat recommended untuk korang buat carousel. Kalau cantik korang punya carousel tu mesti ramai orang tertarik nak baca.
Instagram punya carousel post ni kalau korang nak tahu dia macam bila korang post dekat Instagram, korang akan nampak multiple post bila korang dah swipe left. Sebenarnya carousel ni salah satu cara yang paling berkesanlah kalau korang nak post gambar yang banyak dalam satu masa atau pun nak deliver mesej yang banyak.
Daripada carousel tu la yang mudahkan korang untuk connect dengan audience.
Carousel untuk Instagram ni senang je kalau korang nak buat, tetapi kalau korang nak carousel yang cantik-cantik boleh je buat dekat Canva. Korang boleh guna template yang Canva sediakan tu je, bonus point kalau carousel korang cantik gerenti cepat je naik engagement.
STEP 1
Macam biasa kalau nak edit guna Canva, korang kena ada akaun Canva dulu. Kalau taka da korang boleh la sign upterus. Kalau korang nak ada features dan template Canva yang lagi banyak choices boleh subscribe Canva Pro.
STEP 2
Korang boleh custom design and set kan size tu ikut berapa banyak gambar yang korang nak dalam satu carousel.Pastikan benda yang korang nak post tu dalam format menegak supaya nanti nampak semua gambar tu.
So ni ada beberapa suggestions yang korang boleh refer untuk size carousel ikut berapa gambar yang korang nak masukkan:
- 2 visuals per carousel: Width: 2160 px x height 1350 px
- 3 visuals per carousel: Width: 3240 px x height 1350 px
- 4 visuals per carousel: Width: 4320 px x height 1350 px
- 5 visuals per carousel: Width: 5400 px x height 1350 px
- 6 visuals per carousel: Width: 6480 px x height 1350 px
- 7 visuals per carousel: Width: 7560 px x height 1350 px
- 8 visuals per carousel: Width: 8640 px x height 1350 px
STEP 3
Lepas dah dapat saiz yang betul korang boleh mula design dalam Canva macam biasa. Kena ingat visual yang cantik akan mudah tarik banyak audience untuk ke korang punya carousel. So, boleh guna template-template yang ada dan cantik dekat Canva.
Korang boleh jugak refer dekat Instagram Huzeifa Studio dekat situ ada banyak jenis dan contoh carousel, korang boleh tengok untuk jadikan inspiration. Mana lah tahu lepas tengok terus dapat idea nak buat design macam mana untuk carousel korang. Untuk carousel ni kalau korang nak tarik audience yang ramai, boleh try combo warna yang menarik. Mesti cantik dan orang suka.
STEP 4
Bila dah settle semua design dan sekarang masa untuk korang split pulak design yang dah siap tu. Macam mana pulak nak split design yang dah buat dekat Canva tadi tu? Korang beli pergi ke website Pine Tools dan masukkan design yang korang buat tadi. Ada banyak je website yang korang boleh guna, tu cuma option je lah kalau korang nak.Korang kena pilih format PNG supaya senang nak upload dalam Instagram then korang klik je split image dan dia akan split kan design korang tadi tu dalam 6 gambar. Lepas tu korang boleh la post dekat Instagram macam biasa.
Selamat mencuba guys!