Untuk tahun 2022, korang dah set tak berapa target sales yang korang nak achieve? Business plan korang mesti dah settle kan semua perancangan yang korang nak buat untuk tahun 2022. Kalau dah ada plan, kitorang nak ucapkan congratulation dekat korang sebab itu salah satu punca terbesar yang boleh buatkan bisnes korang cepat grow. Nak sale meroket kan? Korang tahu tak sebenarnya dengan menggunakan Facebook ads ni sahaja boleh bantu untuk naikkan sales korang.
Mesti korang familiar kan dengan guna Facebook ads untuk marketkan korang punya produk, tetapi mungkin korang tak tahu beberapa rahsia yang korang perlu apply masa setting dekat Facebook ads ni. Facebook ads kan ada banyak setting yang korang perlu buat. Kena pilih gender, umur, tempat tinggal, target audience punya interest dan macam-macam lagi betul tak.
Kebanyakan orang suka guna Facebook ads ni sebab korang boleh letak ikut budget yang korang nak. Jadi setiap bulan tu korang dah boleh set berapa yang korang nak invest untuk digital ads. Bajet ni korang boleh adjust setiap hari depends berapa yang korang nak keluarkan.
Tak sabar nak meroket sale tahun 2022? Jom check out petua guna Facebook Ads ni!
1. Letak daily budget tak terlalu banyak
Facebook ads kan ada minimum amount untuk daily budget, tak silap dalam RM5 ringgit. Kalau korang nak tahu the best daily budget yang sepatutnya korang letak adalah dalam RM10 sehari. Jangan sesekali korang letak bajet yang tinggi dalam sehari tu. Bajet dalam RM 10 hingga ke RM15 sudah mencukupi.
Kenapa tak boleh letak daily budget yang tinggi? Kalau korang letak daily budget yang tinggi nanti Facebook akan makan duit korang sesuka hati. Kalau korang pandai setting ads, sebenarnya dengan RM 5 untuk setiap ads tu pun dah memang membantu and tarik banyak potential customer yang boleh lead to sales.
2. Tag target location potential customer untuk sale meroket
Sometimes yang buatkan korang punya Facebook ads tu kurang berkesan dan tak dapat result yang bagus adalah disebabkan oleh location. Ada sesetengah orang bila nak set ads tu korang selalu terlupa nak tag location dekat mana potential customer korang stay.
Bukan itu sahaja, ada juga orang yang letak location yang tidak masuk akal. Contohnya, sekiranya korang punya business based in Ipoh, boleh pulak ada sesetengah business owner ni pergi target customer di area Pahang je yang majoritinya. Boleh je tetapi kena bersesuaian dengan location korang lah. Nanti senang customer nak reach out to you guys!‘
3. Pilih mobile news feed bukan desktop
Sekarang ni most of the time, people memang 24 jam dengan mobile phone. Cuma orang-orang yang bekerja sahaja yang akan depends on laptop atau pun computer. Tetapi itu kalau diorang ada masa lah nak scroll benda lain masa tengah kerja. Kalau korang nak set ads, untuk placement tu kena pastikan dah pilih yang betul ya.
Memang recommended untuk korang pilih mobile news fee berbanding desktop punya. Kebiasaannya sekiranya korang pilih desktop, score untuk ads korang akan jadi low. Mungkin sama ada dia tak lalu pun dekat feed target audience korang, sebab memang obvious yang target audience korang gunakan smartphone je zaman sekarang ni.