fbpx
cara promote busines 2022

Promote Bisnes Pada Tahun 2022? Ikut Je 3 Cara Ini!

Untuk semua business owners atau founders yang ada disini cara untuk korang nak marketkan produk pada setiap tahun trend dia akan berbeza. Setiap tahun cara untuk promote tarik minat dan perhatian potential buyers memang berbeza, mungkin tahun ni dia suka cara A, tahun depan diorang akan mula rasa bosan dan nak cara B pula.

Zaman dulu orang mungkin guna cara traditional untuk promote bisnes contohnya macam print adverstisement, broadcast dekat TV atau radio, telemarketing dah email. Tetapi sejak sekarang orang sudah kurang menggunakan traditional media untuk promote bisnes dan brand. Mungkin ada tetapi tidak sebanyak yang dulu. Sekarang ni orang akan laburkan duit mereka sepenuhnya pada digital media.

Benda yang paling obvious sekali yang boleh jadi bukti majoriti bisnes guna digital media adalah diorang menggunakan digital ads. Boleh dikatakan lebih daripada separuh bisns yang ada dekat negari kita ni gunakan digital ads untuk promote produk. Lagi-lagi sejak pandemik ni, orang mostly depends dekat diorang punya telefon je. Jadi memang berkesan sekiranya business owner atau founder guna medium online ni.

Kalau korang still baru dalam digital media dan rasa clueless, jangan risau dalam artikel kali ini kita ada kongsikan beberapa platform untuk ads yang korang boleh guna untuk promote bisnes pada tahun 2022.

1. Influencer Marketing

Influencer marketing ni boleh dikatakan jenis ads yang agak baru tetapi dia punya result membuahkan hasil. Kebiasaannya mereka daripada platform media sosial, dibayar untuk buat product review atau pun paid review. Ada beberapa jenis influencer antaranya ada macro, mirco dan juga nano influencer.

Setiap jenis influencer tu yang membezakannya adalah jumlah followers. Biasanya seseorang itu yang mempunya followers sepuluh ribu ke atas boleh diiktirafkan sebagai influencer. Influencer marketing ni sebenarnya dapat bantu bisnes dan brand korang untuk grow lebih cepat. Bukan tu je, brand korang akan lagi mudah nak reach audience dan reach banyak sales.

2. Online Webinars

Sebenarnya kalau korang promote bisnes melalui online webinar yang korang buat ni ia sebenarnya dapat attract korang punya target audience. Bukan itu sahaja korang as business owner atau pun founder ni pun ada benefit which is dapat collect diorang punya contact number. So, nanti kalau bila-bila korang nak promote anything boleh lah follow up dengan data yang dah sedia ada.

Senang je, first cari platform mana yang target audience korang paling aktif. Lepas tu boleh lah start blast info tentang online webinars yang korang nak buat tu. Lagi cepat dapat target audience if korang buat untuk yang first time join tak perlu bayar apa-apa. Mesti ramai yang tertarik. Audience pun boleh dapat information yang valuable daripada korang.

3. Social Media Ads

Buat ads dekat media sosial ni antara cara yang paling mudah untuk korang buat. Tak perlu nak pening kepala pun. Hanya di hujung jari sahaja dan korang boleh iklan kan bisnes atau brand korang. Setiap platform di media sosial ada button yang korang boleh tekan untuk mula buat ads.

Setiap platform ni cara nak buat ads dia lebih kurang sahaja. Macam biasa, bajet yang korang nak keluarkan untuk ads itu semua bergantung pada berapa ringgit yang korang inginkan. Biasanya minimum dalam lingkungan RM5 sahaja. Setiap ads ni mungkin ada perbezaan dari segi amaun minimum dan juga maksimum.

3 Cara Saja? Sudah cukup

Sebenarnya ada saja lagi banyak cara yang anda boleh gunakan untuk promote bisnes anda 2022 ni. Pelbagai teknik semuanya memenuhi kehendak pelanggan supaya bisnes anda lebih maju. suka kami ingin nyatakan anda boleh dapatkan ebook cara untuk growkan bisnes di Instagram iaitu 57 Instagram Hacks.

Padat dengan pelbagai info dan teknik untuk growkan Instagram anda. Jadikan realiti bisnes anda dapat di kembangkan dengan sangat baik.

Anda boleh dapatkan ebook 57 Instagram Hacks anda di sini

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *