Untuk business owner atau founder yang dah lama atau baru bisnes di media sosial kan, korang rasa boleh pergi jauh tak buat personal branding sambil menjual? Kalau ada ups and downs tu perkara biasa. Tetapi kan nak tanya sikit lah, kan korang guna Instagram untuk buat bisnes.
Instagram ni memang membantu ke untuk grow kan bisnes? Ke selama ni korang guna Instagram untuk fun fun je dan tak nak gain anything. Ye lah ada sesetengah orang bila rajin baru dia post promote produk. Ada yang memang betul-betul consistent promote produk melalui personal branding.
Untuk newbie, jangan risau kalau korang tak ada big amount of followers, kitorang ada the best guide yang korang boleh cuba untuk grow personal branding dekat Instagram.
Personal branding ni senang je korang kena always be real bila guna media sosial. Tunjukkan diri korang yang sebenar, memang tak boleh nak jadi fake, nanti memang cepat je la korang dapat kecaman atau pun followers korang rasa tak senang. Macam mana diri korang in real life, tunjukkan je dalam media sosial.
Jom follow guide ni untuk korang optimumkan personal branding, sesuai untuk newbie di luar sana.
1. Update profile
Before korang nak proceed untuk achieve personal branding yang meletop, pastikan korang punya bio di Instagram tu adalah clear dan straight to the point. Biasanya kalau korang tengok bisnes yang berjaya tu mesti di atasnya ada founder yang rajin buat personal branding dan ramai orang kenal.
Jadi macam mana nak ada bio Instagram yang clear?
- Nama penuh
- Title? Nak orang panggil apa atau nama glamour yang korang ada.
- Letak link website brand, email atau pun Whatsapp.
- Location. Senang potential customer tahu korang based dekat mana.
2. Curate content bagus untuk personal branding
Audience akan notice korang punya kewujudan biasanya based on content yang korang produce. Jadi sekurang-kurangnya setiap minggu cuba untuk curate content yang ada sense of humor, factual atau apa-apa sahaja lah yang boleh korang relate dengan target audience punya interest.
Kalau korang jual produk kecantikan boeh la share tips, tutorial atau hacks yang korang tahu untuk share dekat target audience. Tapi setiap posting korang tu kena berpada dan ada class sikit lah. Kalau nak feed cantik boleh la guna apps dan tools macam Canva. Nanti korang punya posting ada grafik sikit.
3. Build Connection
Personal branding memang bagus tetapi kalau tanpa ada connection memang susah untuk pergi jauh. Rajinkan lah diri untuk make new friends dan boleh lah build connection. Tetapi korang kena ingat kalau setakat followsatu sama lain je dekat Instagram tak ada guna jugak. Korang kena selalu keep in contact dengan yang lain tu.
Boleh la cuba buat connection dengan orang yang korang admire atau founder-founder yang lain. Baru ada connection, yang penting bukan cable ye. Connection dengan cable ni dua benda yang berlainan!