fbpx
media sosial

Owner Bisner Baru? Ikut Tips Design Media Sosial Daripada Canva

Bila dah ada akaun bisnes di media sosial, mesti lah grafik antara benda penting dan wajib korang ada dan gunakan di Canva. Grafik ni akan jadi peranan utama untuk brand ada, lagi-lagi untuk grab attention potential audience dan customer. Ada beberapa tips sebenarnya untuk grafik design ni supaya brand korang boleh cepat dikenali dan well known.

Sebenarnya yang akan orang tengok dulu dekat akaun media sosial korang mesti lah gambar atau grafik dulu kan? Lepas tu baru lah orang akan baca caption. Jadi korang nak tahu tak macam mana nak bagi grafik dapat gain attention from public, dalam media sosial?

Siapa kata design dan grafik dekat media sosial ni tak perlukan strategi? Untuk setiap platform media sosial ni sebenarnya korang memerlukan strategi untuk design grafik yang berbeza. Ni ada beberapa tips untuk korang level up visual grafik design pada akaun media sosial.

Untuk Instagram, Facebook dan juga Twitter orang ramai akan lebih tertarik apabila mata mereka tengok visual grafik yang cantik dan mampu tarik perhatian mereka. Bila diorang tengok posting tu cantik, biasanya mesti audience akan rajin like, comment dan juga share. Canva ada kongsikan beberapa tips yang korang boleh cuba untuk optimumkan profile media sosial korang!

1. Letak logo as profile picture, edit guna Canva je!

Salah satu strategi yang memang berhasil untuk orang cepat acknowledge korang punya brand adalah apabila logo tu dijadikan sebagi profile picture. Jangan rasa malu dan pelik bila letak logo.

One thing, kena pastikan pemilihan grafik design untuk bentuk dan warna logo tu kreatif dan senang untuk grab attention audience. Create logo yang senang orang nak ingat.

2. Profile picture & Header perlu saling melengkapi

Kena complement each other profile picture dan header ni, visual grafiknya kena lebih kurang lah dan ada elemen yang sama. Jangan terlalu kontra pulak element untuk setiap tu nanti jadi tak ngam dan tak visual appealing.

Kalau taknak gambar sebiji sama macam dalam profile picture  dan header ni korang boleh samakan dari segi font, warna dan mood visual tu. Boleh guna preset colour yang matching untuk dua-dua tu.

3. Valuable Content

Content dekat media sosial ni tahu dia berkualiti atau pun tak ia bergantung pada jenis value  dan varieties yang yang korang kongsikan dekat platform tu. Jangan lah korang limitkan niche content tu dalam 1 atau 2 topik je, kena lebih baru la boleh pastikan audience tu dapat banyak value dan informasi yang pelbagai.

Lagi valuable content tu lagi abanyak reach yang korang boleh dapat daripada audience dekat media sosial. Lagi tinggi lah trafik dan engagement dekat akaun media sosial korang tu.

Tak semestinya kena share content yang informative je  all the time, boleh je mix content contohnya boleh kongsi tentang

  • Quotes
  • Tips untuk grow kan bisnes
  • Monthly activity or future marketing campaign
  • Online contest
  • Milestone business
  • Infographic
  • Short articles in carousell

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *