Mungkin ada sesetengah orang yang familiar dengan perkataan niche ni tapi tak berapa tahu apa maksud sebenar niche ni. Kalau korang nak tahu, niche ni sebenarnya target segment yang setiap bisnes ada untuk mudah kan diorang target siapa diorang punya real target audience atau pun customers.
Bisnes memang pentingkan profit jadi sebab tu lah diorang kena ada niche untuk mudahkan diorang kecil kan skop untuk cari target customer.
Untuk korang yang baru nak buat bisnes atau pun memang dah ada bisnes sendiri, paling penting ye untuk korang faham niche bisnes korang untuk kenal pasti apa yang audience korang perlukan dan sebenarnya boleh bagi benefit dekat bisnes untuk berkembang.
Bila dah ada niche ni jadi otak korang akan selalu bekerja untuk create idea baru untuk new produk dan ikut trend sekarang, sebab dalam niche yang korang pilih tu bukannya produk korang sendiri je yang ada banyak lagi comptetitors yang keluarkan produk yang lebih kurang. From there, korang boleh improve you two-way communication skills dengan target audience.
Niche Market
Niche market ni pula lagi meluas dan lebih details, contohnya bila korang dah pilih niche so kena narrow down kan lagi niche korang ikut identifikasi, keutamaan dan juga keperluan. So bila ada perbezaan dalam setiap needs dan preferences itu setiap niche, benda tu lah yang akan buatkan produk korang stand out daripada yang lain.
Contohnya kalau korang nak marketkan satu produk, lets say nak keluarkan pencuci muka. Setiap pencuci muka tu kan ada niche yang berlainan sama jugak dengan keperluan dan preference. So, korang kena keluarkan pencuci muka untuk kulit berminyak, kulit kusam dan juga kulit kering dan semua niche tu ada bawah satu pasaran yang sama iaitu niche market.
Senang je kalau korang nak refine kan lagi niche market, korang hanya perlu ambil tahu tentang target customer contohnya dari segi tempat tinggal, umur, jantina, diorang punya value dan interest.
Bukan tu je based on daripada tempat tinggal tu jugak lah korang boleh set kan harga produk yang bersesuaian sama ada harga jenis premium atau pun standard. Niche market penting sebab ni lah salah satu strategi bisnes yang korang boleh jalankan untuk differentiate market korang dengan yang lain.
Benefit Niche Marketing
Niche marketing ni sangat penting dan ia akan mudahkan kerja korang sebab business owner atau founder ni sebab bila dah ada niche yang tersendiri korang senang untuk dapat brand loyalty.
Niche market boleh bantu brand korang untuk build brand loyalty, sebab korang senang untuk engage dengan smaller audience. Jadi korang dah tak perlu nak fikir apa-apa, just fokus dekat kualiti customer survice dan make sure untuk ada hubungan yang baik dengan customer.
Korang sebagai usahawan dan penjual ni kena tanamkan dalam diri, tujuan ada bisnes bukan lah semata-mata untuk menjual produk tapi untuk memenuhi permintaan dan menyelesaikan masalah target customer. Jadikan korang punya customer tu almost like member, bagi diorang rasa dekat dengan korang tanpa ada barrier. Senang la diorang nak reach out dekat you guys.