Nak Buat Iklan Facebook Ads? Berbaloi Atau Membazir?
Bila scroll-scroll Facebook pernah tak nampak posting, dekat bahagian atas tu ada tulisan kecik tulis ‘sponsored’? Mesti untuk sesetengah orang yang Facebook ads tu apa, mesti korang ingat brand tu ada sponsor apa-apa ke kan?
Sebenarnya itu lah Facebook ads. Zaman media sosial ni dah jadi benda wajib untuk semua business owner untuk promote brand atau produk yang diorang jual. Media sosial ni jugak lah medium untuk orang yang baru nak mula bisnes atau ada small business untuk dapat income nak sara diri kan.
Orang ramai sekarang pun sudah mula masuk dunia Facebook Ads, hampir semua business owner mesti tahu macam mana nak set kan ads dekat Facebook. Dalam semua platform media sosial, kalau korang nak tahu, Facebook Ads ni antara ads yang highest ranking and sekarang no. 1 untuk platform digital advertising tau guys!
Kalau zaman dulu, kita guna Facebook semata-mata nak chat dengan member dan post selfie je kan? Tetapi sekarang ni dia dah upgrade weh, dia dah naik 37% sejak tahun 2019 hanya untuk Facebook Ads punya impression je. Hebat tak hebat lah kan?
Kalau korang nak tahu Facebook user dekat Malaysia ni je dah ada 27,200,000 sejak bulan Mac 2021 itu hari. Majoriti pengguna Facebook ni mostly adalah lelaki iaitu 53.4%. Range umur pulak dari 25 hingga 34 tahun dengan total 9,300,000 user. Haa, dari sini lah korang kena ambil peluang nak iklan kan brand atau produk korang.
Facebook user dah memang ramai, kalau korang iklan je business korang tu mesti sekejap je dapat customer guys. Jom baca rasa-rasa berbaloi ke memang buat habis duit je buat Facebook ads ni.
1. Boleh pilih target audience & potential buyer
Salah satu sebab Facebook ads ni useful untuk small business sebab korang boleh set target demografi atau tempat mana yang anda nak sasarkan. Contohnya kalau korang nak cari customer dari Kuala Lumpur je, jadi boleh set kan untuk iklan kan untuk orang sana sahaja.
Bukan tu je, korang juga boleh sasarkan iklan tu untuk appear untuk faktor yang lain macam jantina, umur, status and minat diorang. So, bila korang set kan dekat target audience tu, lagi memudahkan kerja korang dan mana tahu sebenarnya dalam sesetengah daripada diorang boleh jadi customer. Tak ada lah rugi duit bila korang memang iklan kan dekat orang tertentu sahaja kan malah lagi dapat kembangkan bisnes korang tu jugak.
2. Dapat tahu result iklan berhasil atau pun tidak melalui data
Facebook ads ni sesuai untuk sesetengah company yang nak buat strategi digital marketing sama ada dalam jangka masa panjang atau pun pendek. Lepas korang dah set ads tu, dalam masa 24 jam je Facebook akan review ads yang korang nak buat tu. Kalau lulus, dia akan terus start immediately sampai hari apa yang korang nak buat tu.
Lepas dah start run ads tu dia akan terus bagitahu korang result dan conversion tentang ads tu. So dari situ korang dah boleh agak sama ada iklan tu Berjaya atau pun tidak, yang bestnya Facebook ads ni korang boleh tahu hasil iklan tu dengan secepat mungkin. Jadi tak akan membuang masa korang.
Kalau dah ada bisnes atau baru nak mula bisnes korang memang digalakkan lah guna Facebook ads ni. Sebab bajet yang korang nak buat ads tu pun, ikut bajet yang korang letak. Boleh letak amaun yang korang mampu. Janji dapat reach dekat target audience yang betul dan memang tak rugi lah!
Gunakan Ads untuk boostkan sales bisnes anda lebih dikenali dan mudah jadikan sebagai channel yang membawa kepada peningkatan sales anda.
Nak tahu lebih lanjut boleh tengok post di bawah 👇👇👇