fbpx
cara buat duit guna canva

Macam Mana Nak Buat Duit Guna Canva?

​​Secara umumnya yang semua pun dah tahu Canva ni adalah satu apps yang boleh kan orang ramai untuk buat dan masuk ke dalam dunia graphic design dan video editing. Dalam Canva macam-macam jenis design dan template yang ada dalam tu hampir beribu dan mungkin boleh berjuta? Mana tahu kan, kita pun dah tak terkira dengan jumlah template, icon, fonts yang diorang sediakan. 

Ada yang percuma dan ada juga yang perlu dibayar sekiranya korang adalah pengguna Canva Pro. Orang yang ada akaun Canva ni diorang boleh buat infografik, poster, slides untuk presentation, logo, animation text atau pun video dan bermacam jenis lagi.

Tetapi korang pelik tak macam mana Canva boleh sediakan beribu template tu dekat apps diorang? Berapa banyak pekerja yang diorang ada? Haa sebenarnya banyak orang di negara kita yang masih tidak tahu yang korang sebenarnya boleh bekerja sebagai freelancer di Canva. Boleh buat duit beb.

Serious lah boleh buat duit dekat Canva? Big brands kot takkan la dia nak ambil kita bekerja? Ha ada lah cara-caranya. Ini cara-cara nak buat duit guna Canva.

1. Sign Up

Sebelum nak buat duit guna Canva, first step tu mesti lah kena ada akaun Canva dulu kan. Jadi, korang kena createakaun Canva terlebih dahulu, dekat situ korang boleh pilih sama ada nak sign up guna Facebook atau akaun Google. Ikut mana yang korang suka. Lepas dah ada akaun Canva ni korang kena sign up  jadi ‘contributor’ pulak baru boleh nak pergi ke next step untuk menjual tu.

Klik di sini untuk cuba 30-hari CanvaPro secara percuma!

Untuk sign up sebagai contributor, dekat home page Canva tu korang tengok bahagian belah kiri skrin bahagian bawah tu dia akan tulis contributor hub. Dengan satu klik je korang dah jadi contributer di Canva. Tidak kisah lah kalua korang seorang yang hebat design atau pun design tu hobi korang. Boleh je jadi contributor. So next step kena buat apa?

2. Create

Bila korang dah tekan contributor hub tu, pada bahagian atas tu akan keluar beberapa option macam upload, inspiration, approved, in review dan rejected. Untuk upload artwork korang dekat Canva ada beberapa requirement daripada Canva yang perlu korang ikut contohnya macam format dan saiz. Korang boleh hantar dalam bentuk JPEG, PNG, SVG dan banyak lagi. 

Banyak pilihan ‘produk’ yang korang boleh pilih untuk create. Hanya klik www.canva.com/create dan korang akan dapat beratus idea untuk mulakan design.

Untuk create artwork untuk dijual, setiap format tu korang kena follow requirement dia betul-betul sebba nanti takut kena reject. Sebab setiap MB dan megapixels tu ada saiz limit yang tertentu. Lepas dah upload artwork korang tu dia akan makan masa beberapa hari nak tunggu result sama artwork tu diterima atau pun kena reject.

Atau, korang boleh juga belajar untuk design dan offer servis anda kepada yang memerlukan. Antara servis yang korang boleh offer dengan menggunakan Canva adalah;

Social Media Design
Youtube Thumbnail
Design Banner Bunting
Design Resume
Design Kad Kahwin
Design Logo
Design Ads Creatives
Website, Presentation

3. Offer

Bila artwork korang dah di approve oleh Canva, ini maksudnya yang korang dah boleh start dapat duit. So macam mana dia kira untuk bayar kita? Jadi korang yang sebagai contributor ni akan dapat bayaran dengan setiap klik yang pengguna Canva buat. Contohnya, kalau orang guna dan klik template korang, jadi korang akan dapat bayaran. 

Bayaran ni dia kira depends artwork yang korang hantar tu, sama ada single atau multiple. Kalau multiple korang akan dapat bayaran yang lebih mahal. Diorang akan bayar dalam USD, sama juga contoh kalau korang ada Youtube channelpun diorang akan bayar dalam USD.

Jadi, setakat tahun 2020, untuk single artwork korang akan dibayar bila convert kepada Ringgit akan dapat RM 1.46 untuk multi-design pula korang boleh dapat RM 14.90. 

Atau,

Jika korang memilih untuk jual sendiri, apa yang anda perlukan adalah generate Template Link dan offer kepada pembeli. Ada banyak cara untuk menjual template anda. Ideally, ada perlukan website sendiri. Atau, anda boleh jual di Etsy, Shopee atau Public Group. Cadangan yang lain, korang boleh offer melalui media sosial.

Berapa nak jual? Itu bergantung kepada kualiti, nilai atau masa yang anda ambil untuk hasilkan sesuatu artwork.

Selamat mencuba!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *