Bila dah ada bisnes atau baru nak mula bisnes, mesti lah korang ada niche yang tersendiri kan. Niche produk tu maksudnya korang dah tahu produk ni kalau dekat market place dia dari segi macam mana dan siapa target marketnya. Tahu tentang niche produk ni memang penting, contohnya kalau korang memang tahu tentang ilmu e-commerce sekali pun, tapi sometimes korang boleh je tersalah pilih niche.
Dalam setiap niche produk ni of course akan ada banyak competition, jadi ada sesetengah orang yang nak cepat senang dan taknak amik banyak risiko diorang akan pilih niche yang boleh dapat banyak potential customer, high demand dan
boleh cepat dapat profit.
So, macam mana nak cari dan pilih niche untuk orang yang buat e-commerce? Ni lah penyelesaiannya yang korang wajib tahu, haa jangan lupa take note guys, nanti rugi!
TARGET CUSTOMER
Bila korang buat e-commerce dan dah ada niche yang tersendiri sebenarnya benda ni akan memudahkan korang untuk tahu siapa target customer dan target audience untuk bisnes e-commerce korang.
Jadi, bila diorang serch dekat internet benda tu akan taylor dan sama dengan apa yang diorang minat.
Jadi, korang tak perlu la nak buat masa dan tenagah nak promote dekat semua orang sebab korang dah boleh pilih dan tahu siapa target customer korang. Jadi, apa yang korang promote tu akan pergi dekat target customer je.
Once korang dah jumpa the real target customer, dari situ korang boleh kembangkan lagi produk dengan apa sahaja yang related dengan niche tu.
LESS COMPETITOR
Setiap industri bisnes ni mesti akan ada pesaing yang tersendiri, kalau korang jual makanan, telekung atau pun pakaian pun mesti akan ada competitor tak kisah la dekat mana-mana sama ada online atau pun offline.
Jadi bila korang dah ada dan tetapkan niche untuk bisnes e-commerce korang benda ni akan membantu bisnes korang untuk kurangkan pesaing yang sedia ada.
Bila korang dapat kurangkan pesaing, nanti boleh lah korang dapat banyak lagi loyal customer. Walaupun mungkin kadangkala susah nak bersaing dan buat produk yang lebih outstanding daripada competitor korang, tapi sebenarnya boleh bantu untuk jangka masa panjang sebab dari masa ke masa korang boleh improve bisnes.
LOW COST
Cari niche untuk produk e-commerce penting sebab salah satunya dia boleh bantu untuk kurangkan kos pengiklanan kita. Lagi bila kita nak buat ads dekat Facebook atau Instagram.
Bila korang hanya fokus dekat niche yang sedia ada, dari situ lah korang boleh minimumkan kos untuk ads dengan sehabis boleh lah.
Bila korang nak buat ads mestilah kena buat banyak kira-kira, lagi banyak produk yang korang ada lagi banyak lah ads yang korang kena buat tapi macam mana nak kurang kan kos untuk ads tapi dapat hasil yang banyak?
Bila korang dah ada niche dan mesti akan ada target customer dalam niche tu, jadi tak perlu dah untuk korang buat iklan dekat kumpulan yang lain.
Boleh hanya fokus pada niche yang dan memang ada. Sebab bila korang target ads tu dekat kumpulan niche yang betul, jadi dia boleh kurangkan kos ads dan dari situ lah sebenarnya boleh dapat hasil yang tak sia-sia dengan bajet ads yang korang keluarkan tu.