fbpx

Jangan Cuba Strategi Niche Marketing Kalau Tak Nak Bisnes Meletop

Apa itu niche marketing? Biasa dengar tapi tu lah bila nak explain dekat orang jadi blank. Niche marketing strategi ni adalah salah satu strategi untuk fokuskan semua marketing effort yang korang buat tu menjadi satu. Sebab apa buat macam tu? Sebab ia akan lebih berhasil dan menjimatkan masa. Tak ada lah korang tercari-cari siapa target customer dan apa yang diorang sebenarnya mahu daripada korang.

For your information, semua business owner atau founder yang well knowledged tentang diorang punya niche, diorang boleh dapat fokus kan marketing effort diorang lebih tinggi daripada certain orang yang masih tak ada niche yang tersendiri. Banyak benefit yang diorang boleh dapat sebenarnya selain dapat menjimatkan masa, antaranya ialah:

  • Boleh jadi lebih profitable sebab hanya perlu lebih fokuskan terhadap customer service, so that diorang boleh jadi the best  dalam kalangan target market yang sedia ada.
  • Tak perlu belanjakan duit yang terlalu banyak untuk marketing. Lebih fokus pada strategi atau taktik yang lebih power daripada typical punya marketing style.
  • Margin lebih besar.
  • Ada competitor yang lebih besar.

BROAD vs NARROW Niche Market

Niche market ni jugak terbahagi kepada dua iaitu broad dan narrow, kalau broad ni dia lebih kepada general dan untuk narrow ni pula dia lebih details. Setiap niche ni jugak sebenarnya bergantung kepada katogeri yang korang dah pilih tu.

Antara contoh niche market jenis broad adalah seperti:

  • Kesihatan
  • Permainan
  • Kecantikan
  • Automotif
  • Makanan

Jenis niche market yang lebih details (Narrow):

Sebenarnya narrow niche market ni boleh dikatakan sub point kepada broad niche market dan semestinya niche market ni memang relate dengan broad niche market. Jom check out:

  • Kesihatan: Supplement berbeza setiap penyakit, jenis ubat yang berlainan untuk setiap peringkat umur bayi, remaja dan orang dewasa atau warga emas.
  • Permainan: Mainan bayi, mainan minda untuk budak sekolah rendah, main untuk remaja, mainan untuk orang dewasa contohnya ps4.
  • Makanan: Makanan bayi, makanan warga emas, makan remaja.

Bila korang dah divide niche korang dalam sub-niche yang lebih details dan narrow, sebenarnya dia boleh bantu untuk korang ada exact target customer dan bukan tu je korang boleh achieve conversion yang lebih tinggi.

Tapi bila korang nak market kan produk korang kena mention kan produk tu untuk siapa, contoh korang keluarkan makanan dan kena mention makanan tu makanan bayi ke makanan orang tua ke. Jadi target customer akan jadi lebih clear, lagi senang korang nak gain conversion.

ROI Lebih Tinggi

Apa pendapat korang? Korang rasa apa yang menyebabkan niche marketing ni boleh buat ROI jadi lebih tinggi? Ha jawapannya adalah sebab niche marketing ni memang korang akan fokus dekat sesuatu yang memang spesifik, jadi korang hanya akan fokus pada orang yang akan beli dan berminat dengan produk korang.

Jadi korang tak perlu dah bazir duit untuk buat test marketing untuk setiap target audience tu sebab sah-sah dah korang dah tahu siapa korang punya target customer. Banyak lagi benefit yang korang boleh dapat daripada niche marketing ni lagi-lagi dia boleh berkai dengan duit. Sebagai usahawan atau founder mesti korang nak buat sesuatu strategi marketing yang pulang modal atau ‘profitable’ kan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *