fbpx

Ikut 3 Step Ni Kalau Nak Cari Idea Untuk Niche Bisnes Anda

Ada satu masa pernah tak korang terfikir why not apa yang korang minat ni jadikan ia sebagai satu bisnes? Kalau korang perasan lah kan banyak founder atau usahawan dekat Malaysia ni diorang mula bisnes daripada bawah, maksudnya diorang buat sesuatu tu dengan apa yang diorang betul minat. Before that, korang kena pilih niche yang sesuai.

Ada bisnes sendiri memang best sebab korang boleh tengok macam mana syarikat korang grow daripada bawah dan bila berjaya tu memang satu kepuasan, tetapi setiap founder tu ada struggle yang tersendiri dan it’s normal.

Jadi sebab itu lah niche market ni penting dalam bisnes, bila korang dahada niche yang tersendiri jadi korang boleh fokus untuk satu tu je, tak perlu dah untuk korang nak target dekat big population.

Semua idea bisnes yang korang ada just fokus kan untuk satu niche dan lagi senang lah untuk korang reach korang punya target market. Bila korang narrow kan korang punya skop bisnes, lagi banyak peluang yang korang boleh dapat.

  1. Passion & Interest

Reflect baik sepanjang berapa tahun korang hidup apa hobi atau any skills yang paling korang minat nak buat. Boleh tanya diri korang soalan macam dekat bawah ni.

Apa korang punya hidden talent?

Selalunya kalau ada masa free korang akan buat apa?

Apa one thing yang korang suka buat dan tak pernah rasa jemu?

Apa topik yang korang selalu discover dekat media sosial?

So korang tulis je jawapan untuk setiap soalan tu nanti korang akan clear dan akan dapat idea, haa daripada situ lah korang boleh pilih niche untuk bisnes.

  • Study Competitors

Sebelum plan nak bukak your own business, study competitors dulu especially yang dalam niche market korang. Lets say nak keluarkan produk rambut, tetapi korang kena tahu jugak dalam niche market tu berapa competitors yang korang ada.

 Nak buat bisnes ni kita mesti la kena up sikit kan daripada competitors jadi elakkan korang produce benda yang memang sebijik competitors dah keluarkan, sebab risau nanti susah nak compete. Korang boleh jugak guna tools macam Google Trends, untuk tengok keyword apa yang ramai orang search dalam korang punya niche market.

  • Niche & Profit

Bina bisnes sendiri ni mesti lah kita nak ada profit, jadi apa yang korang perlu buat adalah untuk tentukan niche market. Sebenarnya ada beberapa cara mudah yang korang boleh buat untuk tentukan niche market supaya korang tahu samada ia dapat bawa pulang profit atau pun tidak.

  • Customer value & interest
  • Customer demographic & psychographic
  • Kualiti produk
  • Harga

Jangan pernah rasa rugi tau kalau korang rajin cari idea baru dan buat research daripa korang punya competitors sebab faktor tu semua lah yang akan buat korang dapat peluang yang lagi besar, lagi-lagi untuk orang yang memang baru nak mula empayar sendiri.

Harga produk pun  kena buat research dahulu pastikan lebih kurang dengan competitors jangan terlalu mahal atau pun terlalu murah sebab harga ni memang memainkan peranan yang besar untuk tentukan sama ada customer tu sanggup beli atau pun tidak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *