fbpx
hidden codes canva

Hidden Canva Codes Yang Mudah & Cepatkan Kerja Editing!

Canva ni memang boleh dikatakan untuk zaman sekarang ni kebanyakan digital marketer atau pun social media graphic designer memang guna untuk buat editing. The biggest reason yang membuatkan orang guna Canva ni adalah disebabkan dia banyak bantu small business owner untuk jimat masa dari segi editing.

Bukan tu je kalau korang guna Canva ni memang daripada tak kreatif auto boleh jadi kreatif. Kalau korang every day buat editing grafik untuk media sosial tapi tak guna Canva, maka bermula harini korang boleh lah explore, sebab serious function.

Canva ni memang well known dalam kalangan digital marketer daripada small business sampai lah kepada big brands.  Sebab apa orang suka Canva? Sebab Canva ni dia mudahkan korang untuk edit gambar atau pun poster yang cantik-cantik. Cuma tinggal pilih template je.

Lagi satu, untuk small business biasanya diorang tak ada team graphic yang besar untuk handle editing. Jadi, Canva lah yang menjadi penyelamat. Jimat pun jimat sebab korang tak perlu bayar apa-apa pun untuk subscribe Canva ni. Melainkan lah kalau korang nak subcribe Canva PRO. Itu memang perlu bayaran.

Walaupun cara nak guna Canva ni dah memang mudahkan korang, tetapi sebenarnya ada beberapa ‘hidden codes’ dalam Canva ni yang dapat mudah dan cepatkan lagi kerja editing korang!

  1. Free elements dalam canva

Korang tahu kan memang Canva ni ada free dan Pro version, tetapi bila korang sign in  guna free version, yang berbayar tu pun korang akan nampak. Sometimes sampai susah nak pilih sebab banyak simbol yang kena bayar.

Sebenarnya ada hidden codes lah kalau korang nak dapatkan free elements dalam Canva. Ikut cara ni, dekat search bar dalam Canva tu korang type je “brand:BAAMOuJH0Ec” atau pun “brand:BAAAAP7rQ8M”. Kalau malas nak type copy and paste je nanti settle.

2. Keyboard shortcuts

Kalau korang pernah guna Adobe Photoshop atau pun Adobe Illustrator, mesti korang pun tahu kan berapa banyak button yang korang kena tahu dan explore satu per satu. Tetapi dalam Canva, button tu diorang buat sangat limited dan cara untuk menggunanya pun memang minimalis lah.

Ada beberapa keyboard shortcut yang korang boleh cuba antaranya. Kalau korang nak tulis teks, untuk cari text box, korang hanya perlu tekan huruf T sahaja, nanti atas template korang terus aka keluar text box.

Bukan itu sahaja, kalau korang nak letak border tak payah dah nak cari shape rectangular untuk letak border. Apa susah-susah? Korang tekan je dekat keyboard tu button “ALT” + “SHIFT” + “B.

3. Pilih Elements

Ada masanya memang quite susah jugak lah untuk select elements lagi-lagi bila elements tersebut bertindih di antara satu sama lain. Bila kita nak select element tu risau pulak lah kan kalau terganggu design dekat grafik yang korang dah buat tu.

Kalau korang selalu buat editing mesti korang faham macam mana perasaannya lagi-lagi bila nak select elements yang bertindih, tapi jangan risau Canva ada hidden code yang boleh cepatkan kerja korang.

Korang hanya perlu pilih je elemen  yang paling atas tu dan tekan COMMAND+KlLIK sampai lah element tu dah dipilih. Senang je kan? Korang hanya perlu tekan lama sikit sampai lah elements dekat belakang tu dipilih. Kalau korang bukan Apple user, hanya perlu tekan CTRL je.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *