Fuh lagi dua bulan lebih je tup tup dah nak Raya untuk tahun 2022. Memang cepat sangat masa berlalu, kira-kira dah berapa tahun eh kita beraya dengan Covid ni. Sekarang ni ada pulak varian Omicron, harap-harap cepat lah negara kita sembuh daripada virus jahat ni. Korang punya bisnes, tahun ni kempen raya tema apa?
Mesti ramai yang dah nak launch kempen Raya 2022 kan. Lagi-lagi brand yang jual pakaian Raya. Hana tengok dekat Instagram banyak dah Instafamous yang dah mula busy pergi shooting untuk Raya dan ada jugak sesetengah brand dah mula ambil pre-order untuk baju Raya.
Fuh laju jugak eh korang buat kerja, memang daebak. Keep it up guys, ha untuk ada brand yang masih menunggu masa untuk launch kempen Raya 2022 jangan risau guys. Korang follow je apa yang dah dirancangkan tu.
Raya 2022, ni apa yang penting mesti lah tak lain tak bukan kena blast design yang kaw-kaw kalau boleh dekat semua platform media sosial. Kalau boleh setiap hari lah buat social media posting untuk bagi kempen raya korang betul-betul berjaya.
Untuk mudahkan kerja designer di luar sana, yang mungkin kadang tu dah ketandusan idea atau dah terlalu banyak design yang perlu dikejar, korang boleh guna keyword dalam Canva ni untuk create design.
1. Eid al-Fitr Card (Landscape)
Memang tak lengkap lah raya tanpa kad raya, betul kan? Jadi korang as founder ke business owner atau daripada team brand korang masa nak launch kempen raya mesti lah kena ada kad raya untuk tahun ni.
Kad raya ni bukannya fungsi setakat untuk greet orang sekeliling kita, sebab boleh naikkan marketing strategi jugak. Sebab orang sekarang ni dah jarang receive kad raya, jadi why not kita back to the old time, bagi kad raya. Bila korang bagi kad raya, sah-sah diorang akan post di Instagram.
Jadi untuk create kad raya yang cantik korang guna je keyword Eid al-Fitr Card (Landscape) ni untuk buat kad raya yang meletop dan trendy.
2. Eid Mubarak (elements)
Canva memang dah sedia kan template yang korang Cuma edit teks je untuk sesuaikan dengan brand korang. Tapi kalau orang sejenis yang nak eksta, lain daripada lain boleh je custom design.Nak custom design kan memang memerlukan element atau grafik yang banyak kan .
Jadi kalau korang nak jumpa yang berkaitan dengan raya. Pergi ke bahagian elements dan taip kan je Eid Mubarak. Nanti akan keluar banyak grafik yang berkenaan dengan raya contohnya macam bunga api, orang bersalaman, ketupat, masjid dan macam-macam lagi.
3. Eid Mubarak video edition
Mungkin ada sesetengah orang tak berapa nak ada skill nak edit video. Ehhh jangan risau, dekat Canva ada features untuk video Korang pergi dekat elements dan bahagian video tu taip je eid Mubarak.
Ada banyak pilihan video yang orang boleh pilih, tinggal download dan publish je dekat media sosial termasuklah YouTube. Tapi features tu untuk oran yang subscribe Canva PRO, jadi nil ah masanya untuk korang invest sikit dan guna features yang menarik dalam Canva PRO.