Dah Boleh Rentas Negeri? YAHOO! Ini Beberapa Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu

Dah Boleh Rentas Negeri? Ini Beberapa Perkara Penting Yang Anda Perlu Tahu

Memandangkan semalam Perdana Menteri kita Dato’ Sri Ismail Sabri dah announce boleh rentas negeri untuk yang dah fully vaccine, memang kecoh lah dekat semua media sosial sebab semua netizen dah boleh pulang balik kampung setelah hampir dua tahun kan kita tak dapat nak rentas negeri sebab kena  follow SOP.

Bukan tu je, sampai lagu arwah Dato’ Sudirman yang balik kampung tu terus trending lah dekat TikTok, hampir semua video semua orang guna lagu tu. Ada yang paling excited siap tunggu awal-awal depan tol, nak tunggu pukul 12 malam. Memang kuat betul penangan rentas negeri ni ek?

Bagus lah korang dah bantu negara kita capai 90% populasi yang dah vaksin ni, kalau ada yang masih belum vaksin cepat-cepat lah boleh vaksin. Takkan korang nak rentas dapur ke ruang tamu rumah korang je, rentas negeri lah pulak. Since dah boleh rentas negeri ni, korang kena beringat jugak jangan lupa untuk sentiasa jaga jarak dan sanitize eh!

Sebelum nak balik kampung atau nak rentas negeri ke negara ni korang kena tahu beberapa perkara seperti di bawah ni yang kerajaan telah tetapkan:

1. Perjalanan ke luar negara tanpa #MyTravelPass

Mesti semua dah tak sabar nak travel luar negara kan? Mulai harini kalau korang nak travel luar negara korang perlu mohon guna My Travel Pass Jabatan Imigresen dah, korang dah boleh pergi ke luar negara macam biasa.

 Tetapi kena pastikan korang dah lengkap 2 dos vaksin. Kalau dah baliki Malaysia pulak, macam biasa korang kena kuarantin selama 14 hari.

2. Buat swab test tau

Nak jumpa orang tersayang, mak bapak dan atuk nenek kita kan? Kalau sayang diorang sebelum balik ke kampung tu korang buat lah swab covid test dulu. Supaya nanti tak ada lah korang tu jadi pembawa virus, nanti tak pasal-pasal berjangkit dengan diorang.

 Kalau takut nak cucuk hidung dan tekak untuk buat swab test, korang boleh beli dekat farmasi covid test yang saliva kit  tu. Ha senang je guna air liur korang dan tunggu beberapa minit nanti dia akan bagitahu lah result. Selalunya kalau double line tu maksudnya positif.

 3. Amalkan TRIIS, jangan lupa

Jangan lupa yang kerajaan kita pun dah pesan untuk selalu amalkan TRIIS ni. TRIIS ni adalah test, report, isolated, inform and seek. Maksudnya kalau korang ada mengalami sebarang simptom pastikan korang buat covid test. Lets say, result covid test kornag positive cepat-cepat update dalam MySejahtera supaya KKM notice.

Kalau positif make sure korang kuarantin diri sendiri dekat rumah jangan pergi merayap keluar dekat mana-mana pulak eh dan inform sesiapa je close contact korang. So that, nanti dia aware dan nanti boleh la dia buat covid test jugak. Kalau korang punya sakit tu macam dah teruk susah nak bernafas dan sakit dada semua tu, better terus pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan tau untuk dapatkan rawatan.

Yes, sekarang ni dah takkan ada polis buat roadblock  dah, korang sendiri yang kena ada rasa bertanggungjawab dan fikir rasional. Kalau belum cukup dua dos tu duduk lah rumah, nanti dah fully vaccine baru la korang berjalan tau. Sama-sama la kita jaga kita, semua orang pun taknak kan kes naik lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *