fbpx
business card bisnes kad

Ciri-Ciri Business Card Yang Efektif

Perlu lagi ke bisnes card zaman-zaman digital ni? Ye lah, semua orang zaman sekarang ni senang je kalau ada apa-apa search je dekat internet. Yes, walaupun sekarang ni kita dalam zaman dunia digital, tapi korang kena ingat bisnes card ni still lagi diperlukan ya. 

Ala, korang tahu tak bisnes card ni walaupun kecik, dia jugak lah salah satu cara kalau korang nak market kan produk atau brand korang. Bila korang ada bisnes card ni baru nampak macam professional sikit, nanti orang percaya lah yang korang memang ada bisnes yang dah establish, bukan cikai punya maa.

Jadi, business card ni still relevant je dan lebih bagus kalau korang ada bisnes card. Kalau jumpa orang dekat mana-mana, dah habis borak boleh la pass kad bisnes korang mana lah tahu nanti dia teragak nak jadi partner bisnes korang. Dah boleh berkembang ha bisnes tu. 

Salah satu cara korang  boleh intro diri korang pun boleh jugak dengan bisnes kad ni nanti orang akan lebih senang nak ingat. Ada orang letak akaun media sosial, nombor telefon dan macam-macam lagi dalam bisnes kad. Tapi macam mana nak tahu yang bisnes kad tu betul-betul efektif? Ha korang kena masukkan 3 elemen ni dalam bisnes card.

1.     Details yang penting

Details apa je yang wajib ada dalam busines card ni? Okay korang memang wajib letak nama, alamat, nombor telefon, website, e-mel, QR code, tagline dan bagi sikit explanation servis yang korang provide tu. Ni boleh dikatakan macam basic things untuk details yang korang kena letak dalam business card lah.

Untuk nama dalam business card tu korang boleh letak nama founder atau pun nama company, untuk alamat korang memang kena letak alamat yang betul lah nanti senang kalau orang nak reach out terus dekat korang. Sebab ada sesetengah orang malas nak berurusan dalam online ni.  

Kalau QR code tu korang boleh terus gabungkan bagi link yang boleh terus pergi ke website, media sosial dan nombor telefon kan senang. Tak payah dah diorang nak type banyak kali.

2.     Warna & font

Salah satu benda yang paling memainkan peranan mestilah font dengan warna yang korang nak guna dekat business card tu. Mungkin bagi korang sometimes warna yang striking ni booleh grab attentionorang, tapi sebenarnya tak sesuai kalau korang nak gunakan untuk business card. Korang boleh pilih warna yang sedap mata memandang dan boleh masukkan warna  brand korang tu jugak.

Untuk font pulak kena cari font yang mudah orang ramai nak baca, yang sennag nak sampaikan infodekat diorang. Sebab font ni lah yang fully ada dekat business card korang so boleh cari font yang simpleje tak terlalu over. Boleh cuba guna font Helvetica atau pun Garamond. Korang scroll dekat Canva, nanti jumpa lagi banyak font yang sesuai untuk business card.

3.     Design

Orang kan akan tertarik dengan visual dulu, so korang boleh je refer dekat Canva look macam mana yang korang nak untuk business card.  Nak yang jenis mnimalis, maksimalis atau pun jenis 3D ke. Ada sesetengah orang dia suka business card dia yang hanya guna gambar je dan font sikit. 

So, korang boleh dapat idea ni semua dekat dalam Canva, macam-macam jenis business card lah ada. Korang boleh guna template dekat Canva t uterus atau pun boleh je nak uabh ikut taste korang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *