fbpx
checklist strategi bisnes 2022

Checklist Tahun 2022 Untuk Founder Bisnes

Pejam celik pejam celik sekejap je dah nak masuk tahun 2022. Lebih kurang lagi dua minggu dah masuk bulan Januari tahun 2022. Apa persediaan yang korang dah buat untuk bisnes? Dah buat business plan ke tew? Walaupun lagi dua minggu kita dah nak masuk tahun baru, namun masih tak terlambat untuk korang buat checklist persediaan untuk bisnes.

Cuba re-cap balik apa yang korang dah buat untuk tahun ni. Berjaya tak achieve korang punya target untuk bisnes dan brand yang korang dah bina ini. Ada sesetengah founder bisnes ni diorang jenis suka expect benda yang kehadapan. Maksudnya diorang suka think ahead, benda apa yang akan terjadi. Benda macam ni sebenarnya bagus, supaya korang tak selalu duduk dalam comfort zone.

Checklist untuk upgrade bisnes pada tahun 2022 sangat penting gais, sebab masa ni lah korang boleh predict apa yang akan jadi untuk tahun hadapan. So that, korang sebagai founder bisnes tahu dekat bahagian mana yang perlu di improve. Sama ada pada brand awareness, digital atau offline marketing, sales dan jugak improve customer reviews.

Jadi nak start dari mana? Here we go!

1. Upgrade Website

Mulakan tahun baru korang dengan something yang fresh. Masa ni lah korang launch website korang dengan look yang baru . Bila dah upgrade website, nanti existing dan potential customer pun rasa tertarik nak visit website tu. Bila korang dah terlalu lama pakai layout website yang sama terlalu lama, risau nanti lama-lama visitors akan rasa bosan.

Boleh lah upgrade gambar, details, latest information dan improve SEO. Biasanya limit untuk korang guna sesebuah website tu dalam 3 tahun je. Kalau lebih daripada tu maksudnya memang dah tiba masanya lah untuk korang ada look yang baru.

2. Plan Strategi Marketing

Sebelum nak buat strategi marketing untuk tahun 2022, sebagai founder korang kena tahu dulu berapa bajet yang korang nak keluarkan. Bila dah tahu jumlah bajet yang nak dikeluarkan baru senang nak buat strategi marketing yang berjaya.

Tak menjadi masalah pun kalau korang nak keluarkan amount budget yang banyak untuk marketing plan as long as korang tahu dekat bahagian mana yang nak di allocate. Ni ada beberapa bahagian yang korang boleh allocate untuk marketing:

  • Marketing media sosial
  • Google/Facebook Ads
  • Email marketing
  • E-commerce

3. Set Goal Bisnes

Maybe ada sesetengah goals yang korang nak achieve untuk tahun 2021 tak dapat nak reach, boleh lah reach untuk tahun depan pulak. Antara beberapa goals yang korang boleh set kan untuk company adalah macam di bawah ni:

  • Berapa produk baru yang akan dikeluarkan?
  • Berapa banyak staff yang perlu di hire?
  • Ada tak medium marketing lain yang perlu korang try?
  • Berapa banyak target yang korang nak achieve?

Bila korang dah ada goal yang dah establish, next apa yang korang perlu buat adalah untuk plan dengan team syarikat korang untuk plan cara yang boleh buat untuk capai goals tu. Boleh set masa bila yang patut korang mula dan deadline untuk setiap strategi tu.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *