fbpx
cara mudah save instastory tanpa guna apps lain

Cara Save Instastory Ada Muzik, Tak Perlu Guna Apps Lain Pun!

Sejak Instagram dah tambah feature ada muzik itu hari, memang ramai lah orang sakan guna letak lagu. Kalau boleh dekat setiap Instastory kan korang letak lagu. Kalau ada yang jiwang atau broken tu ha lagi meriah la pilihan lagu tu. Lepas tu excited la nak save Instastory tu.

Lagi satu orang Malaysia memang dah nanti-nantikan feature ni pun, sebab setiap kali orang luar negara post Instastory yang ada lagu, mula lah orang negara kita tak boleh nak dengar.

Bila dah ada muzik ni memang best la sebab gempak tak payah dah nak edit video masukkan lagu, just tekan dan search je lagu apa yang kita nak tu. Tetapi ada kekurangan dia jugak lah, disebabkan bila kita dah post Instastory tu memang ada lagu tapi bila dah save dekat camera roll terus tak ada lagu.

Aduh spoil betul lah, takkan lah nak download apps lain pulak semata-mata nak save Instastory. Macam leceh je. Mesti korang rasa macam turn off sikit kan? Tetapi jangan risau, kitorang boleh hilangkan masalah turn off korang tu dengan dua cara ni yang korang boleh buat untuk save Instastory.

TIPS #1

Untuk cara pertama ni korang tak perlu download sebarang aplikasi di telefon korang, cuma korang perlu pergi ke website lain dan keluar daripada Instagram. Jom kita straigh to the point terus, caranya adalah korang perlu buka Instagram dan upload apa-apa sahaja jenis Instastory.

Selepas dah upload story, bahagian bawah belah kanan korang akan nampak perkataan more. Korang klik je more tu, nanti dia akan bagi beberapa option. Tetapi korang just perlu tekan copylink.

Dah settle copylink lepas tu korang bukak la Safari atau pun Google Chrome, ikut lah mana-mana yang korang selesa dan suka guna. Lepas tu taip storysaver.net dekat search bar tu macam biasa. Masukkan pulak link yang korang dah copy tadi lepas tu tekan download. Ha settle, senang kan?

TIPS #2

Okay, cara kedua ni pun sama tak payah susah-payah untuk korang download apps lain. Cara kedua ni lagi mudah la sebab korang hanya perlu buat dalam Instagram je, tak perlu pergi ke Google atau Safari.  Hanya pergi ke direct message dalam Instagram.

Ha macam mana pulak tu? Bukak direct message dekat Instagram korang lepas tu search je nama Instagram korang. Lepas dah jumpa akaun korang, tekan je nanti bahagian direct message tu bahagian bawah dia korang akan nampak logo kamera berwarna biru.

Lepas dah tekan logo tu, korang pilih Instastory yang korang nak. Lepas tu korang boleh lah pilih any muzik yang korang nak insert dalam video tu. Lepas tu, bahagian bawah tu korang klik je keep in chat.

Bila video tu dah selesai download dalam direct message korang, tekan video tu lama-lama. Nanti dia ada keluar beberapa option yang korang boleh pilih iaitu save, replay dan unsend. Ha apa lagi, tekan je lah save dan settle gais. Instastory korang ada muzik.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *