fbpx
cara buat content bank

Cara Mudah Buat ‘Content Bank’ Media Sosial Untuk Beginner

Siapa dekat sini yang baru pertama kali dengan content bank? Ni bukan content untuk Bank Negara ke Bank Rakyat ke bukan tau guys. Content bank media sosial ni sebenarnya adalah tempat dekat mana korang boleh simpan semua content yang korang nak publish dekat media sosial. Nak tahu cara mudah buat content bank?

Dia boleh jadi satu folder dekat laptop korang atau pun boleh je simpankan dekat dalam Google Drive. Cuba korang tengok Pinterest, dia kan ada board yang sangat organize untuk kita asingkan content, jadi content bank ni pun lebih kurang sama. Bila ada content bank untuk akaun media sosial, jadi ia akan buat syarikat korang more organize.

Dekat content bank  ni jugak korang kena sync kan dengan calender atau pun boleh letak tarikh supaya tak clash di antara content yang ada. Senang je kalau nak buat content bank ni dan cara yang kitorang akan kongsikan ni sangat sesuai untuk beginner.

1. Separate content

Sebelum nak mula buat content, kena separate semua content yang ada ikut katogeri. Itemkan setiap content itu ikut katogeri yang bersesuaian contohnya macam lifestyle, tips & tricks, user generated, branding atau pun content untuk launch produk.

Kalau syarikat korang tak pernah buat kalender untuk content, so korang dah boleh mula sekarang. Boleh buat kalender atau pun boleh je guna apps yang ada.

2. Gather content

At this point, korang kena gather segala jeni content yang ada sama ada baru atau pun. Kena tengok balik setiap content tu supaya tak ada content yang termiss atau content yang berulang dan sama.

Gather jugak semua content yang korang dah buat tetapi belum publish  dekat mana-mana platform media sosial. Boleh je kalau nak guna content yang sama tapi pastikan jarak korang post tu tak terlalu dekat.

3. Create system content bank

Untuk bagi lagi organise, kena buat satu sistem untuk content bank ni. Korang kena letak semua content ni dalam satu file. Jadi korang boleh masukkan content yang dah digunak dalam file ‘used’ atau label sebagai dah digunakan.

Kalau korang ada team yang besar handle media sosial, lagi bagus kalau guna Google Drive. Kalau guna tu nanti, semua team members korang boleh access dan guna dan edit any changes.

Itu antara tiga benda paling basic lah yang korang boleh buat untuk content bank ni. Kena ingat jugak setiap content yang korang dah buat tu jangan lupa untuk buat captions bank jugak.

Gather semua captions yang akan digunakan untuk sesuatu content tu, so that nanti senang kalau korang nak publish content tu tak perlu dah kelam kabut baru nak fikir content apa yang sesuai untuk di post.

Content bank ni tak semestinya sekarang ni tahun 2022, korang terus kena buat semua content untuk tahun 2023. No! Korang boleh la mula create content yang akan korang publish in the next month atau pun beberapa minggu akan datang.

Ikut lah schedule korang janji bersesuaian. Kalau rasa diri tak mampu nak create terus banyak content, boleh je ambil gap yang singkat. Janji content yang nak di post dekat akaun media sosial tu dah well prepared.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *