Macam mana dengan bisnes korang untuk tahun 2021 ni? Banyak tak achievement yang korang dapat? Ke macam roller coaster ada banyak turun naik. Bisnes memang kena ada turun naik, itu tandanya yang bisnes korang tengah grow. Walaupun kita dah nak masuk tahun 2022, korang kena ingat yang ada beberapa benda yang wajib korang prepare untuk bisnes melangkah masuk tahun 2022.
Tahun 2021 ni pun tinggal lagi beberapa hari je kan, jadi untuk memastikan korang tak repeat beberapa kesalahan yang korang pernah buat tahun ni, boleh lah list down kan apa achievement atau failure yang pernah korang dapat dan lalui. Benda ni penting so that bisnes korang boleh pergi jauh lagi untuk next year. From now, boleh lah fikir apa korang punya target sale, aim atau KPI yang korang nak untuk next year.
Bisnes tanpa ada customer is nothing dan disebabkan itu lah main focus bisnes adalah untuk attract customer. Korang as founder atau business owner dari masa ke masa memang kena cari jalan untuk improve customer service dan experience dekat your company, supaya diorang boleh jadi korang punya loyal customer dan akan datang balik dan beli daripada company korang in the future.
Jadi, untuk optimumkan bisnes korang tahun 2022, wajib buat 3 benda seperti di bawah ni.
1. Analyse Market Trends Dalam Dunia Bisnes
Rajin kan diri untuk sentiasa analyse market trend dalam dan luar negara kita. Bonus point kalau korang rajin analyse market trends dan perubahan dekat luar negara, itu boleh buat syarikat korang sentiasa keep up to date dengan industri bisnes.
Kena jadi observant sikiy untuk analyse apa yang jadi dalam dunia bisnes lagi-lagi yang related dengan korang punya niche. Dari sini lah korang boleh dapat tahu banyak info yang ikut trend semasa dan boleh terus fokus apa target korang untuk setiap bulan dan atau pun pada tahun hadapan.
2. Level Up Strategi Bisnes Digital Marketing
Kalau bisnes korang still not into digital marketing. Please lah daripada sekarang plan untuk masukkan strategi digital marketing dalam bisnes. Tahun ni pun banyak bisnes yang memang bergantung dalam online sales, apetah lagi untuk tahun 2022.
Kebanyakan bisnes yang boleh grow adalah yang online-based. Kita pun tak sure apa yang akan terjadi dekat negara kita, dah lah tengah musim Covid, kalau tetiba lockdown lagi, digital marketing la penyelamat syarikat korang. Korang kena level up kan lagi strategi digital marketing yang korang dah buat, kalau boleh jangan tangguh. Boleh fokus kepada online based selling atau pun e-commerce.
3. Set KPI & Conduct Internal Assessment
Setiap bisnes mesti ada pesaing tersendiri. Make sure jangan buat bisnes yang syok sendiri, kena selalu buat perbandingan antara syarikat korang dengan pesaing. Untuk internal assessment pulak, semua kerja yang korang buat setiap bulan mesti kena ada KPI untuk tahu sama ada korang dah achieve KPI tu atau pun tidak.
Jadi, bila dah hujung tahun ni boleh tengok balik perfomance syarikat korang daripada awal hingga hujung tahun. Baru boleh nampak sama ada syarikat grow atau pun tidak.