Mesti dekat sini ramai small business owner kan? Korang tahu tak kalau setakat menjual produk je tanpa ada design tu nanti susah nak attract customer baru atau nak keep loyal customer. Sebab sekarang ni apa-apa pun orang lebih suka tengok visual, daripada visual yang menarik tu lah orang ramai akan visit akaun bisnes korang.
Jadi bila korang rajin post produk denga nada social media post yang menarik, daripada situ lah potential customer akan tertarik dan lama-lama mesti akan nak beli produk korang. Bila buat bisnes ni kan akan banyak competitor, jadi salah satu cara nak lain daripada competitor korang tu cara korang design sesuatu lah.
Kalau korang jual shampoo, mungkin akan ada beratus syarikat lain yang jual shampoo juga. So, apa yang akan buat jadi lain sikit? Mesti lah design. Tapi problemnya nak buat design ni tak semua orang pandai guna photoshop, after effects atau pun adobe indesign. Tak semua orang ada bakat untuk guna software macam tu.
Jadi, mestilah Canva jadi penyelamat. Tapi perlu ke upgrade CanvaPro? Apa kelebihan dia?
Klik di sini untuk cuba 30-hari CanvaPro secara percuma!
1. FREE FLOW GAMBAR
Kalau upgrade CanvaPro, korang dapat akses kepada gambar dan element premium! Nak buat akaun Canva ni free je, buat lah sebanyak mana akaun yang korang nak buat memang free melainkan kalau korang nak akaun yang premium lah yang tu memang kena bayar sikit yang bestnya Canva ni walaupun percuma korang akan dapat guna berates, beribu atau mungkin berjuta gambar, shapes, dan icon yang percuma bila korang nak buat editing.
Bila korang dah ada banyak gambar, shapes atau icon yang banyak dekat dashboard tu nanti akan memudahkan kerja korang nak edit gambar atau pun video nanti tak payah dah nak susah-susah download daripada website lain dan yang paling pasti walaupun percuma tapi dia tetap up-to-date dengan trend sekarang.

2. ANIMATION
Siapa sini tak pandai buat animation? Jangan risau bila dah ada akaun Canva ni korang boleh animate dengan senang je. Daripada gambar biasa yang plain, dengan 1 klik sahaja korang boleh convert ia jadi animated video. Sesuai untuk IG Stories. Tapi ni kalau korang subscribe Canva Pro korang boleh guna feature animation ni. Paling bestnya sebab korang hanya perlu design yang macam korang nak dan tak perlu susun ikut masa supaya benda tu bergerak. Korang hanya perlu tekan jenis-jenis animation yang macam korang nak.
Ada berpuluh jenis animation yang korang boleh buat contohnya macam pan, stomp, fade, tumble, photo zoom dan banyak lagi. So nanti apa yang korang post dekat akaun bisnes korang takde lah bosan sangat sebab posting dah tak static je. Nanti target audience korang boleh la nampak text dengan gambar tu animate. Ha baru lain dari lain sikit.
3. FONT STYLISH
Dengan CanvaPro, pilihan font akan lebih banyak. Walaupun korang tak guna Canva Pro, korang tetap akan dapat guna pelbagai font yang cantik, stylish dan fancy. Dekat situ korang boleh pilih nak jenis yang macam handwriting, serif, non serif dan banyak lagi tau. Bukan setakat dua je font yang dia bagi free tapi berpuluh-puluh.
Font pun memainkan peranan jugak untuk nak tarik attention orang ramai, takkan lah nak guna font yang ada dekat Microsoft words ni je orang pun dah naik bosan sebab diorang akan lebih suka nak tengok font yang simple atau pun fancy. Font pun kena ikut citarasa target audience korang, kalau target audience jenis yang muda boleh ambil sesuatu yang classy dan fancy. Tapi kalau untuk jenis berumur sikit, ambil font yang simple je senang untuk diorang baca.

4. REMOVE BACKGROUND
Kadang-kadang gambar yang kita ambil tu kita nak tukar background dan jadikan poster yang menarik betul? Ya lah, nampak profesional dan versatile. Walaupun ada cara lain untuk remove background, tapi fungsi ‘remove background’ di Canva pada pandangan kami adalah lebih baik berbanding third-party app seperti website remove.bg.
Dengan hanya 1-klik sahaja korang dapat buang background dan boleh start design!

5. CONTENT PLANNER / CALENDAR
Sekarang, anda boleh design, rancang, susun dan jadualkan setiap content media sosial guna Canva. Fungsi terbaru yang amat memudahkan para Social Media Manager di luar sana. Setiap design yang korang design di Canva korang boleh link-kan pada content planner ini dan boleh jadualkan waktu dan bila nak upload ke laman media sosial.
Mudah sangat!
Kami amat mencadangkan anda upgrade kepada CanvaPro hari ini. Canva menawarkan free-trial selama 14 hari untuk anda godek-godek dan guna features yang terdapat dalam CanvaPro. Klik di sini untuk daftar.
Enjoy!