fbpx

3 Jenis Strategi Branding Yang Anda Boleh Cuba Untuk Grab Attention Customer

Macam yang kita semua dah tahu, setiap orang yang ada bsines tu mesti lah ada brand dia sendiri, memang jarang kita nak jumpa orang buat nama brand dia sama dengan company lain. Kalau ada macam tu, mesti dah boleh bukak kes pergi mahkamah dah tu haha. Jadi, kalau korang nak bukak bisnes mesti lah kena ada nama brand tu dulu, dan yang paling penting jangan tiru nama brand orang lain. 

Walaupun setiap company tu ada nama brand yang tersendiri dan dalam industry bisnes yang sama, korang kena ingat tak semestinya korang akan ada target audience,  experience, value  dan keunikan yang sama. Setiap brand tu mesti ada target audience dan target market  dia yang tersendiri.

Walaupun perkataan branding ni famous, tapi still ada je orang yang salah faham dengan maksud branding. Lagi-lagi untuk orang yang baru nak mula bisnes. Small business owner pun mesti lah ada target kan nak expand bisnes korang jadi lagi besar? Untuk settlekan masalah korang, korang boleh follow tiga jenis strategi branding ni.

1.     Brand identity & strategi

Benda basic kalau korang nak naikkan branding, mesti kena ada identity dengan strategi yang paling poweruntuk brand korang.  Kalau korang baru nak launch brand atau pun produk, korang memang kena tahu betul-betul siapa target market. Team korang kena kaw kaw buat research, untuk tahu identity korang macam mana. Apa yang korang suka dan tak suka.

Visual memang paling penting untuk first step ni, korang boleh check out Canva atau Pinterest kalau nak dapat inspiration semua ada, memang berjuta benda yang korang boleh tengok dari situ. Kalau betul korang memang tak reti edit, guna je  free template  dekat Canva tu. Banyak yang cantik  dan  trendy. Memang ngam soi.

2.     Rebrand logo, ada ‘new look’

Setiap benda dalam dunia ni mesti berubah kan, macam tu jugak dengan logo brand atau produk korang. At one point, korang kena jugak buat perubahan kalau sikit pun takpe. Perubahan lepas 5 ke 10 sepuluh tahun tu dah kira okay. At least, customer korang still tahu yang brand tu masih aktif.

Dalam industry bisnes ni aka nada banyak pesaing, dalam masa setahun pun akan ada berpuluh pesaing. Jadi, salah satu cara yang korang boleh jadi better dari pesaing, korang kena buat rebrand supaya ada new look dan korang ni macam up to date lah. Korang boleh la rajin-rajin buat survey dengan customer korang tu sebab pendapat diorang memang penting lah kalau korang nak rebrand sesuatu.

3.     Elak buat kesilapan, utamakan customer

Apa-apa cara pun nak maintain dan improve bisnes korang, mesti kena letak customer tu jadi nombor satu. Korang kena selalu buat beand awareness, customer loyalty dan make sure semua tu sama dengan kualiti produk korang. 

Sentiasa kena loyal  dengan customer, jangan sesekali bagi produk review  atau feedback dari brand lain. Kena jujur je dengan customer, kalau korang ada buat kesilapan dalam customer service, improve dan learn. Pastikan brand korang ni sentiasa konsisten, dari segi korang layan customer, make sure  cara kerja team korang ni semua sama. Baru diorang aka nada good experience dengan brand korang.



Sumber

https://fabrikbrands.com/what-are-the-different-types-of-branding-strategies/
https://www.feedough.com/what-is-branding-importance-types-elements-examples/

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *