Penggunaan Canva masa zaman sekarang ni boleh dikatakan rata-rata orang yang ada akses Internet ni mesti tahu nak gunakannya macam mana. Ye lah cuba korang bayangkan orang yang tak pandai edit gambar, video, poster atau business card terus jadi pandai edit. Sebab apa? Dekat Canva kan diorang dah memang sediakan beribu template yang boleh digunakan cuma tinggal masukkan informasi korang je.
Kalau dulu tahap orang tak pandai edit ramai orang yang sanggup upah orang lain semata-mata untuk edit benda-benda yang simple. Tapi sekarang ni diorang dah boleh jimat duit dengan design sendiri je yang penting boleh ikut citarasa diorang. Baru lah rasa worth it kan kita dapat design dengan hasil yang kita nak. Jadi, Canva ni sesuai untuk orang yang ada bisnes je ke? Eh tak, tak korang kena baca sampai habis dulu baru tahu golongan mana yang wajib guna Canva mulai dari sekarang.
- BUSINESS OWNER
Zaman media sosial ni salah satu benda yang boleh attract audience untuk tengok sesuatu mesti lah design yang cantik. Kalau setakat promote produk je orang pun akan bosan. So, boleh lah letak design-design yang cantik sikit nanti boleh la tarik perhatian orang ramai. Sebab apa orang yang ada bisnes wajib guna Canva mulai dari sekarang sebabnya adalah di Canva korang boleh pilih template yang bersesuaian dengan marketing.
Bila dah ada template yang bersesuaian dengan marketing nanti tak payah dah susah payah fikir nak buat design macam mana. Sekarang kan mostly orang promote guna media sosial je kan? Jangan risau kalau korang nak post ke feed, header atau nak buat thumbnail sekali pun just masukkan je info atau element lain yang korang nak sebab saiz diorang memang dah tetapkan sendiri. Nanti tak perlu risau dah, sama ada size to fit atau pun tak ke sebab dia memang dah set kan khas dan yang paling penting it’s free guys! Tapi kalau korang nak dapat akses untuk guna design yang lagi gempak boleh la subscribe Canva Pro.
- EJEN, DROPSHIP ATAU RESELLER
Mesti korang nak persoalkan kenapa pulak agent atau dropship ni wajib guna Canva? Kan selalunya setiap company tu memang akan bagi marketing materials untuk diorang. Ye, memang lah bagi tapi korang nak ke post benda sama dengan orang lain. Kalau dia ada beratus agent atau dropship dan semua post benda yang sama ha dah macam mana nak tarik attention potential buyer korang.
So bila korang come out dengan design sendiri, baru lah lain daripada orang lain nanti potential customer pun tertarik nak beli. Salah satu kelainan yang korang boleh buat adalah buat lah social media post yang ada animation, ha selalunya orang post yang tak ada animation kan? Lepas tu untuk story Instagram pula korang boleh pilih template dekat Canva, banyak sangat choice yang diorang ada design pun sesuai if korang nak guna untuk promote produk.
- STUDENT
Kalau korang nak tahu, untuk Canva korang boleh guna Canva untuk education. Apa je kelebihan guna Canva bagi membantu pembelajaran ni, sekiranya korang ada email daripada universiti atau pun college korang boleh subscribe ke Canva Pro dan boleh guna secara percuma je semua features yang ada tu. Jadi, semua icon, template atau fonts yang korang nak guna tu semua boleh digunakan secara percuma. Kalau korang biasanya buat slides guna Microsoft je, now its time korang wajib guna Canva untuk buat slides presentation.
Paling best slides presentation Canva ni, template dia memang lain daripada lain. Dia macam memang extra sikit lah dari segi design, font dan icon yang diorang masukkan dalam template. Bukan tu je, sometimes kan cikgu atau lecturer ada suruh design brochure, ha sekarang ni senang je masuk je info korang dalam brochure tu nanti tinggal print pdan lipat je.