fbpx
tagline huzeifa studio sifucanva

3 Cara Nak Buat Tagline Yang Gempak Untuk Brand Anda

Another day another tips and tricks untuk korang. Dah ready nak baca ke tu? Mesti korang tak sabar kan. Jadi, harini kita akan kongsikan cara macam mana nak mudahkan korang untuk create tagline yang gempak untuk brand korang. Mungkin dekat sini ada yang baru nak buat bisnes, atau pun dah lama ada bisnes tapi masih tak ada tagline untuk brand. Kalau korang tengok semua  brand yang ada sekarang ni, mesti akan ada tagline.

Sebelum korang nak buat tagline, boleh je refer company besar yang dekat luar sana contohnya macam Coca Cola, tagline dia adalah open happiness.

Kalau Apple, think different dan Nike pulak just do it. Korang perasan tak tagline untuk company besar ni jenis tagline diorang simple dan orang boleh senang ingat. Okay jom kita create tagline untuk company korang yang boleh buat company korang berkembang dari semasa ke semasa mana tahu daripada tagline boleh jadi macam big company dekat atas ni.

Untuk buat tagline, korang perlu create sesuatu yang pendek, describe brand dan jugak yang boleh bagi inspiration untuk orang dekat luar sana. Tetapi kalau korang still tak ada idea untuk create something yang macam di atas ni, jangan risau kita akan bagi korang cara macam mana korang boleh buat tagline yang gempak macam company besar yang lain.

STEP 1

Tuliskan segala details yang brand  atau company korang buat. Details tu boleh daripada segi produk apa yang korang jual, apa kelainan brand korang daripada competitor dan state kan apa hebatnya brand korang ni dan kenapa orang ramai perlu tahu tentang kewujudan brand korang.

Keunikan brand korang pun kena list out jugak untuk letak dalam tagline supaya korang punya potential buyer aware dan notice. Mesti korang pelik, ‘eh banyak betul nak kena list out nak masuk dalam tagline’. Ha, dalam step pertama ni kita nak bagi korang ada idea dulu macam mana korang nak start buat tagline ni.

STEP 2

Key untuk tagline ni semestinya ‘Keep it short and simple’. Lepas dah list out semua idea korang untuk tagline tu. Mesti akan ada banyak sangat point kan? So untuk step kalini korang kena pilih mana satu yang paling korang nak untuk insert dalam tagline dan yang mana korang rasa memang tak perlu dah.

Dekat sini, korang kena differentiate apa yang sesuai untuk tagline dan bukannya something yang macam product description. Tak perlu panjang macam ayat karangan cukup, satu ayat sahaja. Tetapi untuk satu ayat ni korang tak perlu banyak patah perkataan pun. Buat dulu beberapa draft yang dalam satu ayat sebanyak mana yang korang boleh buat kemudian baru pilih.

STEP 3

Berapa perkataan yang patut ada dalam tagline? Tagline kan mesti pendek dan walaupun pendek korang kena pastikan dia boleh deliver mesej dekat korang punya target audience. Jadi, kalau nak tagline korang tu gempak dan senang orang kenal. Make sure tagline korang tak lebih daripada tujuh atau lapan patah perkataan.

Korang kena guna perkataan yang jelas dan senang orang faham dan baca. Jangan la pulak guna bahasa yang terlalu fancy sebab tak semua orang akan faham dengan bahasa yang tak ikut zaman ni. Contohnya kalau nama brand korang dah panjang, jadi cukup lah kalau korang buat tagline tu pendek je.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *