fbpx

3 Cara Buat Engaging Content Dengan Instagram Reels

Zaman sekarang ni zaman media sosial. Betul tak? Semua orang pun mesti ada sekurang-kurangnya satu akaun media sosial. Tidak kira lah Facebook, Instagram, TikTok dan Twitter. 

Orang tua ke budak muda ke semua lah dah ada akaun media sosial. Banyak orang promote produk guna akaun media sosial kan dan salah satunya ialah Instagram. Pengguna Instagram mesti dah tahu salah satu feature baru yang ada di Instagram, iaitu Reels. 

Reels ni wujud baru je lagi around tahun 2020. Reels ni boleh dikatakan sama dengan TikTok. So, if korang pandai guna TikTok semestinya korang akan pandai juga guna Reels. Banyak je cara yang korang boleh promote bisness guna Instagram. 

Dengan menggunakan Reels korang boleh buat bermacam jenis short video. Sebenarnya daripada Reels ni lah korang boleh buat short videos yang seronok dan menarik yang boleh tarik perhatian orang ramai dan potential buyer korang tu sendiri. 

Banyak dah jenama dan business owner yang dah mulakan Reels untuk buat marketing. Kalau korang ada akaun bisness dekat Instagram tapi tak pernah guna Reels, korang boleh mula guna sekarang. If video korang dapat grab attention orang ramai, mesti sekejap je bisness korang boleh naik. 

Jom tengok macam mana nak buat engaging content guna Instagram Reels! 

1. Rekod video ‘BTS’ 

Kalau korang tengok movie, mesti korang akan tengok behind the scene atau ‘the making of’ movie tu kan? Sebab daripada situ kita macam lagi minat nak tahu lagi banyak tentang movie tu. Macam tu jugak dengan product shoot yang korang buat tu. 

Customer lagi berminat nak tengok cara korang buat behind the scene tu, dan daripada situ lah boleh tercetusnya diorang ada rasa nak beli atau pun tak. So, photoshoot yang korang buat tu bukan untuk gambar post dekat Instagram semata-mata. Korang kena rekod proses behind the scene dan post dekat Reels. 

2. Jawab ‘Typical’ Soalan Yang Customer Tanya 

Customer atau potential buyer korang mesti selalu tanya banyak soalan kan? Kalau 50 customer tanya soalan yang sama, tak ke penat nak jawab soalan tu. So, korang boleh je buat short video dekat Instagram Reels dan jawab semua soalan typical yang diorang tanya tu. 

Biasanya diorang akan comment dan DM untuk tanya soalan, jadi lepas ni diorang boleh je refer jawapan-jawapan yang korang dah jawab tu. Lagi memudahkan kerja dan dari sini customer rasa korang dah bagi servis yang terbaik. Sebab dah menjawab pertanyaan diorang. 

3. Announce SALE & PROMO yang ada 

Orang yang jenis kaki shopping diorang mesti akan aim untuk shopping lagi-lagi bila ada sale atau promo yang brand tu buat. Siapa je taknak beli dengan 

harga yang murah kan? Kalau korang share dekat Reels, mesti ramai orang tertarik bila nampak sale dan promo yang korang buat tu. Sah-sah akan dapat banyak likes, comment dan share! Dekat Reels tu, korang boleh siap-siap bagitahu tarikh yang bila korang nak buat sale dan promo. Bagitahu jugak sampai bila sale dan promo tu berlangsung. Selit lah jugak apa benefit diorang kalau beli time sale! Gerenti diorang borong terus. 

Jangan takut nak cuba benda baru tau. Instagram Reels ni pun boleh reach lebih banyak orang dank orang boleh dapat banyak customer dan bantu dapat profit yang masyuk guys! 

—-


Jika korang berminat nak mulakan Reels, produk di bawah akan bantu korang. Good luck!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *