fbpx
SifuCanva_Hacks_Canva_Huzeifa_Studio tips canva sifu tutorial affiliate

3 Canva Hacks Yang Bakal Jimatkan Masa Korang!

Ramai orang memang dah pandai guna Canva ni, tapi kebiasaannya diorang akan tahu guna benda yang basic je. Sebab diorang sebenarnya tak tahu banyak lagi benda yang korang boleh explore dalam Canva ni. Bila korang dah terlalu enjoy sangat guna Canva dengan features yang basic mesti korang rasa dah malas nak explore, sebab bagi sesetengah orang features yang sedia ada pun dah mencukupi.

Tapi, ada sesetengah orang pula suka explore features yang orang lain jarang gunakan. Apa je hacks yang Canva ada tapi masih ramai lagi orang tak tahu kewujudan dia?

Mesti lah banyak je benda, cuma rajin korang nak guna atau pun tak je. Kalau korang jenis memang suka design korang memang wajib tahu tak kisah lah korang ni business owner, student atau pun cikgu sekali pun sebab Canva hacks yang akan dikongsikan kali ini memang berguna dan boleh jimatkan masa korang. 

Dah ready tak? Jangan lupa tulis notes eh! Haha

  1. SHORTCUT KEYBOARD

Kalau korang kena siapkan sesuatu design tu dalam masa yang singkat of course la korang kena cari jalan macam mana nak cepat siapkan kerja tu kan. So, antara salah satu benda yang sangat lah function tolong korang buatkan kerja dengan cepat adalah dengan guna shortcut pada keyboard korang tu. Bila dah tahu shortcut keyboard yang ada, korang tak payah dah la nak tercari-cari button untuk buat sesuatu boleh guna keyboard korang je.

Ada beberapa tips yang korang boleh cuba contohnya:

  • Add Text : Untuk add text dalam page atau design yang sedia ada korang hanya perlu tekan ‘T’ dekat keyboard korang tu. Tak kisah la capslock atau pun tidak. Bila korang tekan tu, nanti dia akan automatik keluar ‘text box’.
  • Delete Text / Image : Untuk delete text atau image pulak, korang tak perlu cari button delete atau tong sampah dah, korang perlu boleh tekan CTRL + X. Nanti dia akan delete kan sendiri.
  • Undo: Kalau korang  nak patah balik pada design yang sebelumnya, jangan panik dan jangan takut kalau design tu hilang tapi sebenarnya korang boleh tekan CTRL +Z nanti dia akan undo balik kerja yang korang dah buat tu, nanti dapat la design asal.
Untuk ketahui lebih shortcut, klik ‘Help’ dan ‘Keyboard Shortcuts’

2.  RESIZE TEMPLATE 

Graphic designer dekat luar sana mesti faham perasaan bila orang mintak korang satu design tu dalam banyak saiz contohnya satu untuk size square satu lagi size untuk header. Mesti korang rasa complicated bila kena buat kerja dua tiga kali untuk design yang sama semata-mata untuk tukar saiz je.

Tapi, say no more sebab dengan guna Canva Pro korang boleh senang-senang je nak tukar saiz template yang korang dah buat tu. Tukar lah kepada size apa yang korang nak banyak kali pun Canva boleh buat. Nanti korang kena adjust sikit-sikit je gambar atau text dalam template tu. Kan senang! Ni namanya magik yang Canva sediakan, kalau guna aplikasi lain pun tak semestinya korang boleh dapat outcome macam Canva ni.

Resize gambar untuk pengguna Canva Pro sahaja

3.  APPS & INTEGRATION

Features ni pasti ramai tak tahu lagi, korang tahu tak dekat Canva ada features yang boleh korang akses apps lain dan boleh masukkan dalam design dekat page Canva korang? Macam mana nak explore features ni?

Senang je, bila korang dah pilih template untuk korang guna pada bahagian belah kiri tu ada perkataan ‘MORE’. Korang click je more tu, nanti apps yang ada tu akan keluar bawah ‘apps and integration’. Dekat situ korang boleh tengok banyak apps familiar yang ada macam emoji, Youtube, Pexels, Pixabay, Embeds, Instagram, Facebook dan macam-macam lagi.

Canva Apps And Intergrations


Jadi, apa je korang boleh buat dengan apps tu? Dia akan mudahkan kerja korang untuk import content dalam apps tu terus ke Canva. Tak perlu susah payah nak download. Contoh kalau korang nak masukkan gambar dari Instagram kornag connect je dengan instagram korang atau pun rasa nak masukk video daripada Youtube, korang search je video apa-apa dan klik nanti dia akan automatik masuk dekat Canva.

All the best!

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *